Drama Cinta Buat Dara

Drama Cinta Buat Dara

Drama Cinta Buat Dara

Saksikan drama terbaru CINTA BUAT DARA yang akan mula bersiaran pada 24 Ogos 2022, setiap hari Rabu sehingga Sabtu pada pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 atau boleh tonton secara online di aplikasi iQIYI atau www.iq.com

Drama siri original ini disiarkan untuk tontonan ramai bagi menggantikan cerita sebelumnya di slot yang sama iaitu Honey-moon.

Episod : 20
Tayangan : Slot Lestary di TV3 & iQIYI
Tarikh : Mulai 24 Ogos 2022 (Rabu - Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Shida Zali, Mia Marziah Manaf & Eita Cordoba
Pengarah : Ng Ken Kin
Produksi : Orangetree Production Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Riena Diana, Syafiq Kyle, Sean Lee, Afifah Nasir, Shah Rezza, Rozita Che Wan, Angeline Tan, Sharifah Shahora, Henzi Andalas, Adam Shahz, Nik Adam Mika, Badrul Muhayat, Wan Nor Azlin, Kenji Sawahi dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Riena Diana sebagai Nur Dara Anis (Dara)
  • Syafiq Kyle sebagai Hariz
  • Sean Lee sebagai Jason
  • Afifah Nasir sebagai Atira
  • Rozita Che Wan sebagai Kak Ros
  • Angeline Tan sebagai Aunty Lily
  • Shah Rezza sebagai Harun
  • Sharifah Shahora sebagai Kak Mala
  • Nik Adam Mika sebagai Aniq

Sinopsis Drama Cinta Buat Dara

Drama Cinta Buat Dara mengisahkan tentang seorang gadis bernama Dara yang kasar dan selalu menimbulkan masalah kepada ibunya beserta seorang jejak bernama Hariz iaitu seorang peminat muzik yang mempunyai ego yang tinggi.

Dara dihantar ke kampung untuk dilatih menjadi gadis yang sopan oleh makciknya yang terkenal di pekan iaitu Kak Ros yang juga bekas juara ratu kebaya. Di kampung, ada pula jejaka-jejaka yang menaruh hati padanya.

Pada suatu hari, Harun iaitu ayah kepada Hariz jatuh sakit dan disebabkan itulah Hariz perlu take over menguruskan kedai runcit ayahnya tersebut.

Disebabkan dia perlukan pembantu di kedainya, Hariz telah mengupah Dara yang telah dihantar ke kampung tersebut. Dari situlah mereka bergaduh, bertumbuh dan berkenalan antata satu sama lain.

Selalu bersama dan hari-hari berjumpa, Hariz dan Dara secara diam-diam menyukai antara satu sama lain. Namun, Atirah si gadis misteri yang pernah dibual Hariz, tiba-tiba datang menghalang.

Adakah hubungan Dara dan Hariz akan terus bersatu? Atau akhirnya gadis misteri tersebut berjaya mencuri hati Hariz?

Drama Cinta Buat Dara

Drama Cinta Buat Dara

Post a Comment

0 Comments