Drama The Maid 2 Di Astro Ria

Drama The Maid 2 Di Astro Ria

Drama The Maid 2 Di Astro Ria

Saksikan drama bersiri musim kedua, THE MAID 2 yang akan bersiaran mulai 6 Julai 2022, setiap hari Rabu pada pukul 9.30 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau secara On Demand dan boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Episod : 12
Tayangan : Astro Ria (Gempak Original)
Tarikh : Mulai 6 Julai 2022 (Setiap Rabu)
Masa : 9.30 Malam
Penulis Skrip : Sham Hashim & Nazri Vovinski
Pengarah : Michael Ang & Hadith Omar
Produksi : Juita Viden Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama siri ini ialah Sherry Alhadad, Datin Seri Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Ieda Moin, Nabil Aqil, Norman Hakim, Marsha Milan, Yuna Rahim, Sean Lee, Hazeeq Dean, Aniq Suhair dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Norman Hakim sebagai Jay
  • Marsha Milan sebagai Qina
  • Sherry Alhadad sebagai Suhana
  • Datin Seri Paduka Eina Azman sebagai Nadia
  • Ezzaty Abdullah sebagai Fika
  • Nabil Aqil sebagai Remy
  • Yuna Rahim sebagai Kiambang

Sinopsis Drama The Maid 2

Drama The Maid 2 merupakan kesinambungan daripada The Maid yang mana mengisahkan tentang Suhana, Nadia dan Fika yang baru sahaja diceraikan oleh Jay selepas Jay mengahwini Qina, isterinya yang paling baharu dan muda. Situasi mereka bertambah buruk apabila harta mereka telah berpindah milik kepada Jay setelah Jay berjaya memperdayakan mereka untuk menandatangani satu surat.

Justeru, Suhana, Nadia dan Fika mula berbaik dengan satu sama lain dan merancang untuk membalas dendam kepada Jay. Jay dan Qina pergi bercuti di sebuah resort yang terletak di Pulau Dao. Resort itu baru sahaja diambil alih oleh Qina. Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel mengekori Jay ke resort itu dengan senyap untuk membunuhnya.

Ketika mereka berada di resort, mereka terserempak dengan Remy yang kini bekerja sebagai Ketua Pengawal Keselamatan. Remy berasa hairan kerana mereka semua check in ke dalam hotel itu menggunakan identiti palsu.

Namun, sebelum mereka sempat melaksanakan perancangan untuk membunuh Jay, Jay telah ditemui mati di kolam renang resort itu. Situasi bertambah buruk apabila resort itu diarahkan untuk tutup dan dikawal dengan ketat supaya tiada sesiapa pun dapat melarikan diri ketika siasatan dijalankan.

Keadaan menjadi lebih bahaya apabila mereka semua turut diancam oleh pembunuh misteri. Siapakah pembunuh misteri pada kali ini?

Drama The Maid 2 Di Astro Ria

Drama The Maid 2 Di Astro Ria

Drama The Maid 2 Di Astro Ria

Post a Comment

0 Comments