Telefilem Kem Cuci Tangan Di TV9

Telefilem Kem Cuci Tangan Di TV9

Telefilem Kem Cuci Tangan Di TV9

Saksikan telefilem KEM CUCI TANGAN yang akan bersiaran pada 22 Jun 2022, hari Rabu pada pukul 8.30 malam menerusi slot Kuasa 3 Malam di TV9 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my. Boleh juga tonton di Youtube.

Tayangan : Slot Kuasa 3 Malam di TV9
Tarikh : 22 Jun 2022 (Rabu)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Panel Mangkin Prestij
Pengarah : Dharma Aizat Baharom
Produksi : Mangkin Prestij Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Farid Kamil, Along Eyzendy, Azwan Kombos, Pablo Amirul, Niezam Zaidi, Zalif Sidek, Epy Kodiang, Adiba Yunus, Farah Azureen, Kamarool Hj. Yusoff dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Farid Kamil sebagai Joe
  • Along Eyzendy sebagai AG
  • Azwan Kombos sebagai Hamid
  • Pablo Amirul sebagai Eddy
  • Niezam Zaidi sebagai Niezam
  • Zalif Sidek sebagai Ah Boon
  • Epy Kodiang sebagai Kodiang

Sinopsis Telefilem Kem Cuci Tangan

Telefilem Kem Cuci Tangan mengisahkan tentang 5 orang gangster iaitu Hamid, Niezam, Eddy, Ah Boon dan Kodiang yang dihantar ke sebuah kem bagi menjadikan mereka seorang gangster yang bertauliah. Mereka berlima dilatih oleh dua orang pelatih dimana mereka merupakan bekas gangster iaitu Joe dan AG.

Dua orang pemuda telah ditugaskan oleh ‘The Voice’ untuk mengendalikan program Boothcamp untuk kumpulan remaja gangster yang bermasalah. Mereka di kehendaki pergi ke sebuah resort yang telah ditetapkan oleh ‘The Voice’.

Kelihatan 2 orang pemuda muncul di hadapan resort. AG merupakan Abang Long besar kawasan yang namanya disegani di seantero Asia. Manakala JOE merupakan seorang Bodyguard termahsyur di Asia. Mereka berdua mempunyai kelebihan tersendiri.

Pertemuan mereka menimbulkan rasa kurang senang sehingga mereka berlima bergabung untuk menentang Joe dan AG. Niezam dan Eddy merancang untuk membelasah mereka berdua untuk memberi mereka amaran namun setiap percubaan mereka gagal. Hamid, abun dan Kodiang pula mengikut sahaja apa yang Niezam dan Eddy lakukan.

Mereka melakukan pelbagai tugasa di sana bertujuan untuk membentuk diri, supaya menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat. Gangstar tidak akan membawa mereka kemana-mana tetapi nilai-nilai murni yang ada pada mereka akan mengangkat mereka kepada satu peringkat yang lebih membanggakan.

Telefilem Kem Cuci Tangan Di TV9

Telefilem Kem Cuci Tangan Di TV9

Post a Comment

0 Comments