Telefilem Fitrah Bayangan Di TV Okey

Telefilem Fitrah Bayangan Di TV Okey

Telefilem Fitrah Bayangan Di TV Okey

Saksikan telefilem FITRAH BAYANGAN yang akan bersiaran pada 26 Jun 2022, hari Ahad pada pukul 2.30 petang di slot Layar Okey di saluran TV Okey dan boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Tayangan : Slot Layar Okey di TV Okey
Tarikh : 26 Jun 2022 (Ahad)
Masa : 2.30 Petang
Idea Asal : Ishak Mat
Penulis Skrip : Ishak Mat
Pengarah : Adinata Mohd Khalil
Produksi : Ori Art Filem Sdn Bhd

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Zahiril Adzim, Husna Mustaffa, Elya Miera, Amir Nafis, Fahmy Reza, Zahrin Aris, Zarynn Min dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Husna Mustaffa sebagai Alya
  • Zahiril Adzim sebagai Laksamana
  • Amir Nafis sebagai Hisham
  • Zahrin Aris sebagai Datuk Ishak/Ayah Alya
  • Elya Miera sebagai Irda

Sinopsis Telefilem Fitrah Bayangan

Telefilem Fitrah Bayangan mengisahkan tentang Alya seorang lulusan universiti jurusan arkitek, meminati seni bina moden dan bidang sastera melayu khususnya sajak dan puisi. Amat meminati karya Laksmana dan mereka sering berbalas mesej di Facebook.

Laksmana banyak memberi Alya tunjuk ajar dalam menghasilkan karyanya. Laksmana adalah seorang yang suka bersendirian dan tidak pernah menunjukkan profil sebenar dirinya pada Alya mahupun pada umum.

Kebelakangan ini, karya Laksmana makin condong kearah ketuhanan, hal ini menyebabkan Alya makin tertarik padanya. Pada setiap karya, Alya pasti menjadi yang pertama untuk memberi komen dan setiap kali juga Laksmana akan membalas.

Suatu hari Laksmana memuat naik karya berjudul “FITRAH BAYANGAN” dan seperti kebiasaan Alya pantas memberi komen, namun kali ini, komennya tidak berbalas.

Minit bertukar menjadi jam, jam bertukar menjadi hari dan hari bertukar menjadi minggu, namun masih tiada balasan. Ternyata Laksmana telah menghilangkan diri.

Telefilem Fitrah Bayangan Di TV Okey

Telefilem Fitrah Bayangan Di TV Okey

Post a Comment

0 Comments