Filem Warkah Di Astro Citra

Filem Warkah Di Astro Citra

Filem Warkah Di Astro Citra

Astro bawakan filem WARKAH yang akan menemui penonton pada 17 Jun 2022, hari Jumaat pada pukul 7.15 malam di saluran Astro Citra 108 atau boleh juga strim secara online di astrogo.astro.com.my

Warkah merupakan adaptasi kisah benar seorang remaja yang mengirimkan surat kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO) yang mana pernah ditayangkan di pawagam pada tahun 2019 yang lalu.

Tayangan : Astro Citra 108
Tarikh : 17 Jun 2022 (Jumaat)
Masa : 7.15 Malam
Penulis Skrip : Ain Fazrin & Opie Zami
Pengarah : Opie Zami
Produksi : Opyglobal Pictures

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Namron, Mohd Syazwan Zulkifli, Mohd Wafiy, Puteri Rayyana Rayqa, Isyariana, Siti Azlina, Nur Lylialyne, Wong Yok Kim, Lim Kung Seng dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Namron sebagai Kamil
  • Syazwan Zulkifli sebagai Sufi
  • Wafiy sebagai Ikmal
  • Puteri Rayyana Rayqa sebagai Hana
  • Isyariana sebagai Cikgu Nur

Sinopsis Filem Warkah

Filem Warkah mengisahkan tentang kehidupan sebenar Ikmal iaitu seorang remaja dan pelajar cemerlang tetapi terpaksa mengharungi pelbagai dugaan hidup.

Saat dia menghampiri peperiksaan yang amat penting, ayahnya, Kamil ditimpa kemalangan mengakibatkan lumpuh seluruh badan. Disinilah Ikmal mula bergelut dengan cabaran hidup.

Namun, kehadiran Cikgu Nur memberikan satu harapan baru untuk Ikmal yang dibelenggu dengan dilema antara konflik keluarga dan masa depannya. Apakah akan berlaku seterusnya?

Filem Warkah Di Astro Citra

Filem Warkah Di Astro Citra

Post a Comment

0 Comments