Telefilem Kayuh Di TV1

Telefilem Kayuh Di TV1

Telefilem Kayuh Di TV1

RTM bawakan sebuah telefilem khas sempena Hari Rabu bertajuk KAYUH yang akan bersiaran pada 18 Jun 2022, hari Sabtu pada pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 18 Jun 2022 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Roydy Rokidy
Pengarah : Erfan Zainialdi
Produksi : Unit Drama TV RTM

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Aman Graseka, Adam Shahz, Hanis Kamal, Ameerul Affendy, Noorkhiriah, Dalima Wati, Azzahra Ahmad dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Aman Graseka sebagai Pak Rahman
  • Hanis Kamal sebagai Umar
  • Adam Shahz sebagai Khalid
  • Ameerul Affendy sebagai Epo Jenon

Sinopsis Telefilem Kayuh

Telefilem Kayuh mengisahkan tentang watak utamanya iaitu Pak Rahman, seorang penarik beca yang bersifat patriotik dan pemurah. Sudah berpuluh tahun Pak Rahman mengayuh beca dalam mencari rezeki untuk keluarganya. Setelah kematian isterinya, hidup Pak Rahman terasa sunyi kerana dua anaknya iaitu Khalid dan Umar sudah besar dan mempunyai kerjaya masing-masing.

Setiap hari Jumaat, Pak Rahman akan membuat amal dan sedekah, di mana dia tidak mengenakan upah tambang kepada penumpang becanya. Sifat Pak Rahman yang baik budi pekerti dan pemurah itu membuatkan dia disenangi ramai orang termasuklah Dato’ Ibrahim, namun ada juga yang berasa cemburu dan melakukan khianat kepadanya.

Khalid menyalahkan ayahnya Pak Rahman atas kematian ibunya, kerana beranggapan Pak Rahman adalah orang tua yang degil. Atas salah faham yang berlaku, di samping tuduhan dan khabar angin yang dibawa oleh Epo Jenon, maka hubungan Khalid dan ayahnya mula renggang.

Umar sebagai anak yang bongsu, mencuba pelbagai cara untuk menjernihkan semula hubungan keluarga mereka, namun atas ego dan sikap degil, Khalid tetap tidak dapat menerimanya. Konflik seterusnya mula terjadi di dalam persatuan beca kerana masing-masing menganggap apa yang dilakukan oleh Pak Rahman itu boleh menyebabkan persatuan itu goyah, ditambah pula dengan tokok tambah cerita yang dibawa oleh Epo Jenon yang memfitnah Pak Rahman.

Satu hari, beca Pak Rahman telah dikhianat menyebabkan basikalnya rosak teruk dan tidak boleh digunakan lagi. Umar yang mempunyai kemahiran membaiki, mula membuat beca baru tanpa pengetahuan Pak Rahman. Sementara persatuan beca pula mula berasa rungsing kerana sejak akhir-akhir ini mereka kekurangan pelanggan menyebabkan ramai di antara mereka yang putus harapan dan kurang pendapatan untuk menyara kos hidup.

Khalid pula rungsing kerana hotel di tempatnya bekerja itu kurang pelanggan menyebabkan ramai pekerja dibuang kerja dan hotel itu hampir-hampir tidak dapat beroperasi kembali. Umar menyarankan supaya Khalid meminta bantuan ayah mereka, namun Khalid berdegil dan berasa malu.

Telefilem Kayuh Di TV1

Telefilem Kayuh Di TV1

Post a Comment

0 Comments