Telefilem Kerana Aku Seorang Ibu Di TV1

Telefilem Kerana Aku Seorang Ibu Di TV1

Telefilem Kerana Aku Seorang Ibu Di TV1

Sempena Hari Ibu, RTM bawakan sebuah telefilem khas berjudul KERANA AKU SEORANG IBU yang akan bersiaran pada 21 Mei 2022, hari Sabtu pada pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Tayangan : Slot Panggung RTM di TV2
Tarikh : 21 Mei 2022 (Sabtu)
Waktu : 9.00 Malam
Pengarah : Ollynn Khadri
Penulis Skrip : Fatin Syamimie
Penerbit : Hafidz Fahro
Produksi : Notion Oven Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Aida Aris, Amyra Aznan, Angeline Tan, Elvina Chua, Fimie Don, Ieja Fy, Bibi Qarina dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Aida Aris sebagai Maria
  • Angerline Tan sebagai Anita
  • Amyza Aznan sebagai Julia
  • Elvina Chua sebagai Juwita
  • Bibi Qarina sebagai Thalia
  • Ieja Fy sebagai Ezrin

Sinopsis Telefilem Kerana Aku Seorang Ibu

Telefilem Kerana Aku Seorang Ibu menceritakan tentang empat wanita berbeza yang bergelar ibu yang berusaha membesarkan zuriat masing-masing meskipun berdepan dalam situasi penuh kesukaran.

Kongsikan perjalanan kisah watak Maria wanita berkerjaya yang membangunkan perniagaannya sendiri. Dia telah bercerai dengan bekas suaminya dan mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ezra dan Ezrin. Setelah bercerai dengan Zainal, kedua-dua anak itu yang meningkat remaja dibesarkan oleh bapa mereka. Kesibukan Maria menguruskan perniagaan menyebabkan hubungannya dengan Ezra dan Ezrin renggang dan semakin menjauh.

Satu hari, Zainal perlu ke luar negara atas urusan kerja dan tugasan menjaga Ezra dan Ezrin diberikan kepada Maria selama sebulan. Ezra bertegas mahu tinggal sendiri di rumah kerana beranggapan dirinya mampu menguruskan diri. Namun dibantah keras oleh Zainal. Sebenarnya Zainal berharap kesempatan itu digunakan oleh Maria untuk mengeratkan semula hubungan dengan anak-anak mereka.

Seterusnya kisah Anita, guru sekolah menengah yang baru berpindah ke Kuala Lumpur bersama dua orang anaknya, Juwita dan bayi, Sara. Juwita melanjutkan pengajian ke kolej dan waktu yang sama dia membantu ibunya menguruskan rumah dan Sara. Dari mata kasar Anita, Juwita dan Sara kelihatan bahagia dan sempurna namun tiada sesiapa pun yang tahu bahawa Sara bukanlah anak Anita tetapi anak Juwita.

Kisahnya berkembang dengan watak Juwita yang cuba menyesuaikan diri sebagai seorang ibu muda dan dalam masa yang sama masih bergelar pelajar kolej. Dia menyimpan rahsia telah diperkosa teman sekolahnya di kampung yang menyebabkannnya mengandung dan melahirkan Sara. Dunianya yang cerah bertukar menjadi mendung. Mujur naluri keibuan Anita kuat memberikan semangat kepada Juwita kerana sedar apa yang berlaku takdir Allah. Mereka berhijrah ke Kuala Lumpur meneruskan kehidupan baru dan Juwita kembali meneruskan pengajian di kolej dan salah seorang sahabat barunya adalah Ezra.

Sementara itu Julia pula seorang ibu tiri yang hidup bahagia bersama anak tirinya, Talia. Julia cuba sedaya upaya untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak tirinya itu apatahlagi dia telah beberapa kali keguguran. Dia melayan Talia bagai anaknya sendiri dan tidak mahu berenggang. Hakikatnya Talia mula rasa rimas dengan situasi itu. Lalu apakah kesudahan jalur cerita mereka? ikuti kesudahannya di TV1.

Telefilem Kerana Aku Seorang Ibu Di TV1

Telefilem Kerana Aku Seorang Ibu Di TV1

Telefilem Kerana Aku Seorang Ibu Di TV1

Telefilem Kerana Aku Seorang Ibu Di TV1

Post a Comment

0 Comments