Telefilem Cinta Hati Ayam Di TV2

Telefilem Cinta Hati Ayam Di TV2

Telefilem C.H.A Cinta Hati Ayam Di TV2

RTM bawakan semula telefilem romantik komedi C.H.A CINTA HATI AYAM yang akan bersiaran pada 30 Mei 2023, hari Selasa pada pukul 9.00 malam di slot Drama On 2 di TV2 atau strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 30 Mei 2023 (Selasa)
Masa : 9.00 Malam
Pengarah : Irwan Rauf
Penulis Skrip : Zuli Ismail
Produksi : Creative Eye Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang membintangi telefilem ini ialah Ayie Elham, Ara Johari, Catriona Ross, Zarul Husin, Eric Fuzi, Zharif Khan dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Ayie Elham sebagai Adnan
  • Ara Johari sebagai Acha
  • Catriana Ross sebagai Mak Jami
  • Zarul Husin sebagai Pak Hashim
  • Eric Fuzi sebagai Encik Afiq

Sinopsis Telefilem Cinta Hati Ayam

Telefilem Cinta Hati Ayam mengisahkan tentang Acha dan Adnan merupakan pasangan kekasih yang bahagia di awal perhubungan. Malangnya cinta mereka putus ditengah jalan. Namun siapa sangka, cinta yang putus akhirnya bertaut kembali di gerai ayam!

Setahun kemudian, kehidupan diteruskan dengan Acha membantu ibunya menjalankan perniagaan menjual ayam segar di pasar. Pada suatu hari mereka dimaklumkan bahawa akan ada penyewa baru di hadapan kedai mereka.

Disini bermulanya konflik, apabila peniaga baru itu adalah ialah bekas kekasih ibu Acha yang juga bapa kepada Adnan. Ibu Acha dan bapa Adnan mempunyai sejarah silam dan telah lama tidak bertegur sapa semenjak ibu Acha meninggalkan bapa Adnan sehari sebelum menikah. Ini telah mengeruhkan lagi keadaan mereka.

Hubungan yang terputus di tengah jalan kembali bertaut di gerai menjual ayam. Jodoh atau kebetulan? Lebih menarik lagi, mereka terpaksa bersaing sengit apabila bapa Adnan juga menjual ayam segar.

Telefilem C.H.A Cinta Hati Ayam Di TV2

Telefilem C.H.A Cinta Hati Ayam Di TV2

Post a Comment

0 Comments