Telefilem Cinta Segera Di TV1

Telefilem Cinta Segera Di TV1

Telefilem Cinta Segera Di TV1

Bersempena Hari Gawai pada Jun, saksikan telefilem romantik komedi CINTA SEGERA yang akan bersiaran semula pada 28 Mei 2022, hari Sabtu pada jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 28 Mei 2022 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Pengarah : Adon Dagok
Penulis Skrip : Amaz Mazilan
Produksi : Megaday Media Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Keith Foo, Doria Rachel Jolly, Adam Yusuf, Hafisz Rachman, Ferrazillah Mohd, Ernie Doris, Lydia Yusreena, Janet Benet, Syafaat Z. Abidin, Suzie Kay dan ramai lagi

Sinopsis Telefilem Cinta Segera

Telefilem Cinta Segera mengisahkan tentang seorang pemuda berbangsa Cina, Harry yang berkunjung ke Sarawak. Dia turut serta ke kampung halaman kawan baiknya itu untuk meraikan sambutan perayaan Hari Gawai.

Ketika disana, Harry jatuh cinta dengan seorang gadis Iban yang cantik dan juga peramah bernama Jenny. Dalam masa yang sama juga, Jenny menjadi pemandu pelancongnya sepanjang berada di Sarawak

Walaubagaimanapun, percintaan mereka menerima tentangan hebat daripada ayah Jenny. Saksikan bagaimana kesungguhan Harry berusaha untuk melembutkan hati ayah Jenny untuk menerima kehadirannya sebagai jodoh Jenny. 

Telefilem Cinta Segera Di TV1

Telefilem Cinta Segera Di TV1

Post a Comment

0 Comments