Telefilem Balik Raya Ke Kita Di TV9

Telefilem Balik Raya Ke Kita Di TV9

Telefilem Balik Raya Ke Kita Di TV9

TV9 akan bawakan sekali lagi telefilem Raya berjudul BALIK RAYA KE KITA yang akan bersiaran pada hari Raya Kedua Belas, 13 Mei 2022, hari Jumaat pada pukul 8.30 malam menerusi slot Drama Di 9 dan tontonan secara online di www.tonton.com.my

Tayangan : Slot Drama Di 9 Raya di TV9
Tarikh : 13 Mei 2022 (Jumaat)
Waktu : 8.30 Malam
Pengarah : Shuhaimi Lua
Penulis Skrip : Zyza Backy
Produksi : Tanah Beris Film Production

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem raya ini ialah Azad Jazmin, Rosnah Mat Aris, Sherry Al Hadad, adik Danish Hazriq, adik Indah Emmerlda Lia Natalia, Amyza Aznan dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Azad Jazmin sebagai Farid
  • Sherry Al Hadad sebagai Rina
  • Rosnah Mat Aris sebagai Habsah
  • Amyza Aznan sebagai Dewi
  • Lia Natalia sebagai Senah

Sinopsis Telefilem Balik Raya Ke Kita?

Telefilem Balik Raya Ke Kita mengisahkan tentang Farid yang bertekad dan telah membuat keputusan untuk beraya di kampungnya pula kali ini selepas sudah tiga tahun berturut-turun dia menyambut Hari Raya di Sabak Bernam, kampung isterinya, Rina kerana mahu berjimat kos pengangkutan.

Kali ini, anak-anak mereka juga teruja untuk beraya di kampung bapanya pula. Tetapi malangnya, kereta Farid rosak dalam perjalanan pulang. Walaubagaimanapun, perjalanan harus diteruskan dengan cara alternatif yang penuh dengan kejutan.

Telefilem Balik Raya Ke Kita Di TV9

Telefilem Balik Raya Ke Kita Di TV9

Post a Comment

2 Comments

  1. wah mcm best aje cerita ni

    ReplyDelete
  2. menarik untuk ditonton ni...sebab ada Pak Azad yang gila2 tu

    ReplyDelete