Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan Di TV3

Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan Di TV3

Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan Di TV3

Sempena Syawal, saksikan telefilem AYAHANDA IBRAH RAMADAN yang akan bersiaran pada hari Raya Ketiga Belas, 14 Mei 2022, hari Sabtu pada pukul 9.00 malam di slot Cerekarama di TV3 dan secara online di www.tonton.com.my

Kerana mendapat sambutan yang hebat daripada siri drama Ayahanda sebelum ini, pihak produksi buat keputusan untuk terbitkan sebuah telefilem iaitu prequel daripada sebelumnya. Anda boleh tonton semula drama siri Ayahanda di hotstar.com/my

Tayangan : Slot Cerekarama Raya di TV3
Tarikh : Raya Ketiga Belas (14 Mei 2022 - Sabtu)
Waktu : 9.00 Malam
Pengarah : Dato Ahmad Tarmimi Siregar
Penulis Skrip : Maizura Ederis & Wan Mahani
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Noorkhiriah, Shahz Jaszle, Hairi Safwan, Rita Nadira, Tasha Shila dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Jalil Hamid sebagai Abdullah
  • Fauziah Ahmad Daud sebagai Noriah
  • Fikry Ibrahim sebagai Aziz
  • Noorkhirian sebagai Halimah
  • Shahz Jaszle sebagai Ramli

Sinopsis Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan

Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan kali ini mengisahkan tentang Noriah seorang isteri yang taat dimana buat pertama kali telah memberontak terhadap Abdullah.

Mereka bertengkar hanya disebabkan isu majlis kenduri kesyukuran untuk menjamu orang kampung. Apakah kesudahannya kali ini?

Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan Di TV3

Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan Di TV3

Post a Comment

0 Comments