Drama Melur Untuk Firdaus Di TV3

Drama Melur Untuk Firdaus Di TV3

Drama Melur Untuk Firdaus Di TV3

Saksikan drama terbaru MELUR UNTUK FIRDAUS yang akan bersiaran mulai 27 Mei 2022, setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam di slot Lestary TV3 dan boleh juga strim secara online di www.hotstar.com/my 

Drama ini merupakan adaptasi novel 'My Rude Wife' karya Cik Nor Cinta dan bakal bersiaran bagi menggantikan drama Do You Love Me, Captain?

Episod : 28
Tayangan : Slot Lestary TV3 & Disney+ Hotstar
Tarikh : Mulai 27 Mei 2022 (Rabu - Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Pengarah : Zamri Zakaria
Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hasan
Produksi : A-Ten Alliance Sdn. Bhd.

⏩ Tonton Drama Melur Untuk Firdaus - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang membintangi drama bersiri ini ialah Anna Jobling, Meerqen, Fimie Don, Nisa Idrus, Haleeda Mazlin, Zainon Ismail, Azhar Amir, Hairi Safwan, Hani Hazrina, Zac Zaky dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Anna Jobling sebagai Melur
  • Meerqen sebagai Firdaus
  • Fimir Don sebagai Haris
  • Nisa Idrus sebagai Dee

Sinopsis Drama Melur Untuk Firdaus

Drama Melur Untuk Firdaus mengisahkan tentang kehidupan Firdaus Iskandar yang dipaksa berkahwin dengan Melur kerana atas kehendak ibu bapanya walaupun dia sudah mempunyai teman wanita yang bernama Dee.

Oleh sebab itu, Ibu bapanya memberikan 48 jam untuk Dee berkahwin dengan Firdaus. Namun, Dee tidak bersedia untuk berkahwin.

Dalam masa yang sama juga, Melur sedih kerana dia menyukai Firdaus. Melur cuba memikat hati Firdaus malah dia meletakkan 7 syarat untuk Firdaus.

Drama Melur Untuk Firdaus Di TV3

Drama Melur Untuk Firdaus Di TV3

Post a Comment

0 Comments