Info & Senarai Peserta Big Stage 2022 (Musim 4)

Info & Senarai Peserta Big Stage 2022 (Musim 4)

Info & Senarai Peserta Big Stage 2022

Rancangan realiti Big Stage musim keempat edisi 2022 bakal kembali menemui penonton menerusi saluran Astro Ria dan Astro Go bermula 6 Februari 2022 yang bersiaran setiap hari Ahad jam 9.00 malam.

Musim kali ini menyaksikan 11 lagi bintang BBNU (Budak Baru Nak Up) mewakili tiga buah negara iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia selama 8 minggu.

Format Pertandingan

Format pertandingan masih dikekalkan seperti musim-musim yang lalu dimana terbahagi kepada 2 iaitu pemberian markah oleh panel juri yang dipaparkan terus menerusi skrin LED. Manakala selebihnya adalah menerusi undian peminat secara online.

Tiga bintang yang mendapat markah terendah akan melalui proses penjurian berdasarkan undian peminat. Bintang yang mendapat markah tercorot akan disingkirkan setiap minggu.

Pengacara

Alif Satar dan Sherry Al Hadad sekali lagi dikekalkan dan diberi mandat untuk mengendalikan program konsert setiap minggu secara hos utama.

Barisan Juri

Untuk musim terbaru ini, kita dapatkan saksikan kembali, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyertai barisan panel juri bersama komposert terkenal Ajai sebagai juri tetap disamping Juri Juara yang merupakan juri jemputan setiap minggu, Juri Pedas dan Presiden Nitizen

Hadiah

Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi. Manakala bagi naib juara dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.

Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam, masing-masing bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 juga beserta trofi.

Peserta Dan Biodata

Peserta adalah terdiri daripada 9 sembilan penyanyi Malaysia iaitu Aisha Retno, Elica Paujin, Lia Aziz, Yazmin Aziz dan Sofiaa Marieylla. Manakala enam bintang lelaki pula adalah terdiri daripada Megat Rahim, Ajoi Zainal, Danial Chuer, Tuah Adzmi. Manakala 2 bintang lain masing-masing dari Brunei dan Indonesia iaitu Syafiq Abdilah dan Tegar Septian.

Tambahan seorang lagi peserta iaitu Iqbal Zulkefli dan menjadikan kesemua 12 peserta dalam program Big Stage 4 untuk musim kali ini

Lia Aziz
Tarikh Lahir : 27 Januari 2003
Umur : 19 Tahun
Asal : Kuala Lumpur
Lagu Hit : Kucu Kuca

Aisha Retno
Tarikh Lahir : 1 Ogos 2000
Umur : 22 Tahun
Asal : Kuala Lumpur
Lagu Hit : Jera (Cover)/W.H.U.T/Cinta Denganmu

Yazmin Aziz
Tarikh Lahir : 10 Oktober 2001
Umur : 21 Tahun
Asal : Kuala Lumpur
Lagu Hit : Sakit (Cover)

Tuah Adzmi
Tarikh Lahir: 7 September 1998
Umur: 24 Tahun
Asal: Ampang, Selangor
Lagu Hit : Air Mata Rindu/Insan Kau Cinta/Kecewa/Raja Di Hati

Tegar Septian
Tarikh Lahir : 18 September 2001
Umur : 21 Tahun
Asal : Jawa Barat, Indonesia
Lagu Hit : Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang/Mengharapkanmu

Syafiq Abdilah
Tarikh Lahir : 4 November 1999
Umur : 23 Tahun
Asal : Brunei
Lagu Hit : Sakit/Pulang (Cover)

Sofiaa Marieylla
Tarikh Lahir : 1 Ogos 2000
Umur : 22 Tahun
Asal : Kuala Lumpur
Lagu Hit : Akulah Jerung Merah

Megat Rahim
Tarikh Lahir : 28 April 2002
Umur : 20 Tahun
Asal : Sungai Buloh
Lagu Hit : Sinar/Sudahlah

Danial Chuer
Tarikh Lahir : 3 April 2001
Umur : 21 Tahun
Asal : Tawau, Sabah
Lagu Hit : Jera (Cover)

Elica Paujin
Tarikh Lahir : 20 November 1999
Umur : 23 Tahun
Asal : Tambunan, Sabah
Lagu Hit : Mohuhobo/Araatan

Ajoi Zainal
Tarikh Lahir : 12 Mac 1998
Umur : 23 Tahun
Asal : Sungai Udang, Klang
Lagu Hit : Beggin (Cover)/Jemimah Challenge

Iqbal Zulkefli
Tarikh Lahir : 12 September 1994
Umur : 27 Tahun
Asal : Pasir Mas, Kelantan
Lagu Hit : Hujan

Post a Comment

0 Comments