Filem Kongsi Raya Di Pawagam Bermula 3 Februari 2022

Filem Kongsi Raya Di Pawagam Bermula 3 Februari 2022

Filem Kongsi Raya Di Pawagam

Sempena Tahun Baru Cina, saksikan filem Kongsi Raya gandingan pelakon baru Qasrina Karim dan pelakon cina, Wilson Lee yang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 3 Februari 2022

Tayangan : Pawagam
Tarikh : 3 Februari 2022
Pengarah : Teddy Chin
Produksi : 555 Film Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Antara pelakon yang terlibat dalam filem ini ialah Qasrina Karim, Wilson Lee, Harith Iskander, Erra Fazira, Chew Kin Wah, Ong Ai Leng, Teddy Chin dan ramai lagi

  • Wilson Lee sebagai Jack
  • Qasrina Karim sebagai Sharifah
  • Harith Iskandar sebagai Rahim

Sinopsis Filem Kongsi Raya

Filem Kongsi Raya mengisahkan percintaan antara Jack seorang chef cina dan Sharifah seorang gadis melayu. Jack seorang pengurus dan chef sebuah restoren miliknya ayahnya, manakala Sharifah seorang penerbit program TV untuk chef selebriti iaitu bapanya, Rahim.

Walaupun mereka bercinta, tetapi kedua-dua bapa mereka tidak merestui dan menentang hubungan mereka sehinggalah perkara ini menjadi tegang untuk kedua-dua keluarga tersebut.

Dengan itu, maka tercetuslah cabaran antara satu sama lain iaitu sebuah pertandingan memasak yang bakal di siarkan di televisyen. Oleh itu, Jack dan Sharifah mesti mencari penyelesaian terbaik sebelum semua ini menjadi tidak terkawal.

Filem Kongsi Raya Di Pawagam

Filem Kongsi Raya Di Pawagam

Post a Comment

0 Comments