Drama Tumpang Lalu Bang Di TV9

Drama Tumpang Lalu Bang Di TV9

Drama Tumpang Lalu Bang Di TV9

Saksikan drama Tumpang Lalu Bang lakonan Tomok, Black Hanifah dan Kilafairy yang bakal bersiaran bermula 2 Februari 2022 setiap Isnin hingga Khamis jam 8.30 malam di TV9

Episod : 28
Tayangan : Slot Diandra di TV9
Tarikh : Setiap Isnin hingga Khamis (mulai 2 Februari 2022)
Waktu : 8.30 Malam
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penulis Skrip : Wan Mahani
Produksi : Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Antara pelakon popular yang membarisi drama ini seperti Tomok, Kilafairy, Black Hanifah, Afzan A. Rahman, Raja Afiq, Aidil Aziz, Qi Razali, Danial Dashuki, Ziana Zain dan ramai lagi.

  • Tomok sebagai Nizam
  • Kilafairy sebagai Sofiah
  • Aidil Aziz sebagai Sufian
  • Black Hanifah sebagai Sobri
  • Raja Afiq sebagai Syahrin
  • Afzan A. Rahman sebagai Syamil
  • Danial Dashui sebagai Shuib
  • Ziana Zain sebagai Emma (Ibu Sofiah)

Sinopsis Drama Tumpang Lalu Bang

Drama TUMPANG LALU BANG mengisahkan Nizam (Tomok) jatuh cinta pada pandangan pertama dengan Sofiah (Kilafairy). Sofiah tidak mengendahkan Nizam kerana dia berpegang kepada prinsipnya yang hanya akan melayan bakal imam yang cukup dan sempurna di matanya dan juga keluarganya. Akhirnya Nizam berjaya memikat hati Sofiah dan di situlah bermulanya cabaran baharu untuk mendapatkan restu keluarga Sofiah.

Ibu bapa Sofiah tidak memandang pada harta tetapi mereka menetapkan syarat bahawa Nizam perlu mendapatkan restu daripada lima orang abang Sofiah iaitu Sufian (Aidil Aziz), Sobri (Black Hanifah), Syahrin (Raja Afiq), Syamil (Afzan A. Rahman) dan Shuib (Danial Dashuki). Tindakan abang-abang yang bersikap ‘overprotective’ tidak akan bagi jalan mudah kepada Nizam. 

Demi cinta, Nizam sanggup terima apa saja syarat yang dikenakan oleh keluarga Sofiah. Keadaan menjadi lebih rumit apabila ibu Sofiah, Emma (Ziana Zain) menjadi ketua dalang yang bertujuan mahu menggagalkan semua cabaran Nizam. Bagaimanakah Nizam dan Sofiah berhadapan dengan pelbagai cabaran yang diberikan? Berjayakah Nizam bertahan demi cintanya pada Sofiah?

Drama Tumpang Lalu Bang Di TV9

Drama Tumpang Lalu Bang Di TV9

Drama Tumpang Lalu Bang Di TV9

Post a Comment

0 Comments