Drama Nurlaila Di TV1 (Widuri)

Drama Nurlaila Di TV1 (Widuri)

Drama Nurlaila Di TV1

Saksikan drama terbaru menerusi slot Widuri berjudul Nurlaila dengan menampilkan Hana Aqeela dan Aedy Ashraf sebagai pelakon utama yang akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.00 petang di TV1 mulai 16 Februari 2022

Episod : 26
Tayangan : Slot Widuri di TV1
Tarikh : Mulai 16 Februari 2022 (Isnin - Khamis)
Waktu : 6.00 Petang
Pengarah : Heykal Hanifah
Penerbit : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Drama Nurlaila bakal menggantikan drama Derhaka Cinta Jebat di slot Widuri

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi drama ini seperti Hana Aqeela, Aedy Ashraf, Amyza Aznan, Zamarul Hisyam, Kamarool Hj Yusoff, Rusdi Ramli, Ku Fridah, Neera Azizi, Farahdhiya, Nor Albaniah, Fimie Don, Ruminah Sidek dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Nurlaila

Drama Nurlaila mengisahkan tentang hidup pemuda bernama Imran, anak orang kaya sering bergaduh dengan ayah tirinya, Khalid kerana tidak setuju dengan sikap ayahnya yang selalu mempersiakan ibunya, Aina yang sedang menderita penyakit barah otak.

Imran anak muda yang tidak mahu terikut dengan ayahnya dan mahu membina hidup sendiri sememangnya sentiasa panas bila berhadapan dengan Khalid. Mereka berdua sering bertelagah dan tidak pernah sependapat. Di tengah pergolakan itu aka nada Aina yang seringkali mencuba sedaya upaya untuk menjernihkan hubungan anak beranak itu.

Di luar pengetahuan Aina, Khalid menjalin hubungan sulit dengan Sara, setiausaha di syarikat milik mereka. Ketika Imran memutuskan keluar dari rumah untuk menenangkan diri, dia secara tak sengaja bertemu dengan gadis kampung bernama Nurlaila. Laila sebenarnya sedang melarikan diri daripada konco bapa ayam, Pak Tono yang ingin menjualnya sebagai pelacur.

Imran menyelamatkan Laila dan memberinya tempat menumpang teduh. Laila rasa terhutang budi terhadap lelaki itu. Imran kemudiannya memberikan sejumlah wang kepada Laila dan menyuruhnya pulang ke kampung. Laila sebaliknya serba salah kerana takut orang-orang suruhan Pak Tono memburunya sehingga ke kampung. Apatahlagi Mak Long yang pernah menjanjikannya kerja sewaktu di kampung adalah ibu ayam yang mencarikan pelacur untuk Pak Tono.

Telahannya tepat. Dia berjaya diburu oleh orang suruhan Pak Tono namun sekali lagi dia bernasib baik diselamatkan oleh Imran. Laila kemudiannya tumpang berteduh di kondo milik Imran yang turut dihuni Mak Som, orang gajinya.

Hubungan mereka mulai rapat namun Laila sedar akan kedudukannya. Sementara itu Khalid mula bertindak menyeleweng duit syarikat dan mahu menggunakan Imran sebagai ‘kambing hitam’. Namun Aina lebih percayakan anaknya itu. Laila cuba menasihati Imran supaya berbaik dengan ayah tirinya itu. Imran melenting memarahi Laila supaya tidak masuk campur dalam urusan keluarganya.

Satu hari Imran diberikan tawaran oleh Aina bahawa segala harta miliknya akan diberikan kepada Imran sekiranya anaknya itu berkahwin. Dia terfikirkan Laila dan mahu menawarkan sejumlah wang yang berguna untuk Laila melunaskan hutang keluarganya dengan Pak Tono. 

Sementara itu Khalid mula tidak senang duduk mula merancang banyak muslihat dalam fikirannya semata-mata mahu menjatuhkan Imran. Dia tidak mahu Imran hidup bahagia sampai bila-bila. Sara pula menikamnya dari belakang bila tidak diberikan wang. 

Kehadiran Laila juga berjaya menyatukan Aina dengan ibunya, Nek Kiah yang lama terpisah. Aina cuba menyembunyikan penyakitnya kerana tidak mahu nenek Imran itu sedih dan terpaksa pula menjaganya.

Namun di sebalik semua itu rupa-rupanya tersembunyi satu hakikat. Apakah sebenarnya yang disembunyikan Aina daripada pengetahuan semua orang? Bagaimana pula kesudahan kisah cinta Imran dan Laila?

Drama Nurlaila Di TV1

Drama Nurlaila Di TV1

Post a Comment

0 Comments