Drama 7 Hari Mencintaku 3 Di TV3

Drama 7 Hari Mencintaku 3 Di TV3

Drama 7 Hari Mencintaku 3 Di TV3

Saksikan drama 7 Hari Mencintaiku 3 dengan menampilkan gandingan Shukri Yahaya dan Siti Saleha sebagai teraju utama yang bersiaran mulai 16 April 2022, setiap hari Isnin hingga Ahad pada pukul 7.00 malam di Akasia TV3 dan iQiyi.

Untuk musim ketiga ini ianya bukan adaptasi novel seperti 7 Hari Mencintaiku dan 7 Hari Mencintaiku 2 dan ianya bakal menggantikan drama Harith Fayyadh untuk slot Akasia.

Episod : 35
Tayangan : Slot Akasia di TV3 & iQiyi
Tarikh : Mulai 16 April 2022 (Isnin-Ahad)
Waktu : 7.00 Malam
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Siti Rosmizah
Produksi : SR One Sdn. Bhd.

Pelakon

Drama 7 Hari Mencintaiku 3 menampilkan barisan pelakon seperti Shukri Yahaya, Siti Saleha, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Jaja Iliyes, Wafariena, Bil Azali, Faye Kusairi, Jasmin Hamid, Anne Abdullah, Sean Lee, PU Azman, Reen Rahim, Azza Elite, Dayang Areeda, Ezad Lazim, Razman Mahayuddin, Nur Dhia Irdina dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
  • Siti Saleha sebagai Mia Adriana
  • Kazar Saisi sebagai Pak Samad
  • Liza Abdullah sebagai Mak Leha
  • Syazwan Zulkifly sebagai Helmi
  • Wan Sharmila sebagai Sofi
  • Jaja Iliyes sebagai Nadia
  • Wafariena Roslan sebagai Nurul Ain
  • Bil Azali sebagai Zaidi
  • Faye Kusairi sebagai Syakila
  • Jasmin Hamid sebagai Zarina
  • Anne Abdullah sebagai Mak Andak
  • Nur Dhia Irdina sebagai Alisa
  • Shaharuddin Thamby sebagai Dato Johari
  • Sean Lee sebagai Dr Adam
  • Reen Rahim sebagai Fatin Husna
  • PU Azman sebagai Taufik
  • Azza Elite sebagai Kak Piah
  • Dayang Areeda sebagai Maimunah
  • Ezad Lazim sebagai Husin
  • Razman Mahayuddin sebagai Burhan
  • Silfeny Osman sebagai Azura

OST Drama

Tajuk Lagu : Kaulah Syurga
Penyanyi : Khai Bahar & Lia Aziz
Komposer : Asfan Shah
Lirik : Siti Rosmizah

Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaku 3

Untuk musim terbaru drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini, penceritaan bermula dengan trajedi kemalangan jalan raya yang menimpa Khuzairi. Disebabkan itu, Khuzairi lumpuh dan pastinya rumah tangga mereka sekali lagi diuji.

Sejak kejadian tersebut, Khuzairi menjadi panas baran kerana dia merasakan dia tidak lagi ‘sempurna’ untuk menjadi seorang suami kepada Mia dan seorang ayah untuk anak-anak mereka.

Pada masa yang sama juga, Pak Samad sebenarnya sedang sakit dan disebabkan itu, dia terpaksa menjalani pembedahan tetapi dirahsiakan daripada pengetahuan keluarganya.

Oleh itu, Pak Samad meninggalkan sepucuk surat kepada keluarganya meminta mereka mencari erti cinta sejati dalam masa 7 hari. Adakah ianya sebuah pesanan terakhir daripada Pak Samad?

Nantikan kesudahannya dipengakhiran.

Drama 7 Hari Mencintaku 3 Di TV3

Drama 7 Hari Mencintaku 3 Di TV3

Drama 7 Hari Mencintaku 3 Di TV3

Drama 7 Hari Mencintaku 3 Di TV3

Drama 7 Hari Mencintaku 3 Di TV3

Post a Comment

0 Comments