Drama 4 Abdul 1 Mohd Di Astro Ria

Drama 4 Abdul 1 Mohd Di Astro Ria

Drama 4 Abdul 1 Mohd Di Astro Ria

Saksikan drama bersiri 4 Abdul 1 Mohd lakonan Sabri Yunus, Angelina Tan, PU Azman, Issey Fazlisham setiap hari Isnin hingga Khamis jam 11.00 malam di Astro Ria

Episod : 12
Tarikh : bermula 24 Januari 2022 (Isnin - Khamis)
Waktu : 11.00 Malam
Pengarah : Sabri Yunus
Penulis Skrip : Sabri Yunus
Penerbit : Muhamad Saidi
Produksi : Porcupine Production & Heritage Movies

Pelakon & Watak

Antara pelakon membintangi drama ini seperti Sabri Yunus, Angeline Tan, Asrul Faizal, Cik Man (PU Azman), Brian Chan, Issey Fazlisham, Azizul Ammar, Saidi Sabri dan ramai lagi

  • Sabri Yunus sebagai Abdul Jabar, Abdul Somad, Abdul Hakim, Abdul Wasit
  • Asrul Faizal sebagai Mohd Kasim
  • Angeline Tan sebagai Yyuen
  • Cik Man sebagai Encik Salam
  • Brian Chan sebagai Robin
  • Issey Fazlisham sebagai Musa
  • Saidi Sabri sebagai Muda

Sinopsis Drama 4 Abdul 1 Mohd

Drama 4 Abdul 1 Mohd mengisahkan Abdul Jabar seorang ayah yang semakin tua dan uzur serta tidak punya masa lama lagi untuk hidup. Jadi penasihat Abdul Jabar iaitu Encik Salam minta Mohd Kasim iaitu anak tunggal Abdul Jabar supaya pujuk ayahnya tukar nama pemilik harta-harta ayahnya kepada nama dia sebelum terlambat.

Jadi apabila Kasim memberitahu ayahnya, maka terbongkarlah rahsia besar dimana Abdul Jabar mempunyai 3 lagi orang anak hasil hubunga bersama isteri-isterinya sebelum ini.

Oleh itu Abdul Jabar minta peguamnya, Robin dan Encik Salam mencari ketiga-tiga anaknya tersebut supaya harta-harta tersebut dapat dibahagikan sama rata antara anak-anaknya.

Abdul Somad iaitu anak Jabar yang pertama, seorang pendendam dan garang serta bekas penjenayah. Abdul Hakim anaknya yang kedua iaitu seorang bomoh Indonesia yang dituduh membawa ajaran sesat. Anak yang ketiga iaitu Abdul Wasit, seorang yang kurang upaya dan sedikit naif.

Akhirnya kesemua anaknya berjaya dikumpulkan oleh Robin dan Encik Salam. Apabila dikumpulkan buat pertama kali di rumah Abdul Jabar, Mohd Kasim terkejut besar apabila wajah Abdul Somad, Abdul Hakim dan Abdul Wasit sebijik macam wajah ayahnya.

Jadi ini membuatkan Mohd Kasim bimbang jika pembahagian harta nanti akan menjadi tidak adil disebabkan wajahnya tidak sama sepertinya ayahnya, Abdul Jabar.

Maka bermulalah kisah perubatan harta yang penuh dengan penipuan, manipulasi dan juga sifat tamak antara anak-anak Abdul Jabar tersebut.

Drama 4 Abdul 1 Mohd Di Astro Ria

Drama 4 Abdul 1 Mohd Di Astro Ria

Post a Comment

0 Comments