Kurung Kerawang Untuk Adik Di Astro Ria

Kurung Kerawang Untuk Adik Di Astro Ria

Sempena Syawal ini, selain daripada Hijab Pendosa, SR One Sdn. Bhd. juga bawakan telefilem Kurung Kerawang Untuk Adik yang akan ditayangkan pada 12 April 2024 menerusi saluran Astro Ria.

Telefilem yang akan bersiaran pada pukul 11.00 malam itu merupakan arahan Amy Nawari dengan penulisan skrip daripada Liza Nur.

Tayangan : Astro Ria 104
Tarikh : 12 April 2024 (Jumaat)
Masa : 11.00 Malam
Skrip : Liza Nur
Pengarah : Amy Nawari
Produksi : SR One Sdn. Bhd.

Kurung Kerawang Untuk Adik Di Astro Ria

Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Noorkhiriah, Puteri Rafasya, Syafie Naswip, Hariz Hamdan, Hafiz Nolan, Farhan Nordin, Idzham Ismail, Zarynn Min, Nasz Sally dan ramai lagi.

  • Syafie Naswip sebagai Awi
  • Puteri Rafasya sebagai Yana
  • Farhan Nordin sebagai Hanif
  • Idzham Ismail sebagai Junid
  • Zarynn Min sebagai Saerah

Sinopsis Telefilem Kurung Kerawang Untuk Adik

Kurung Kerawang Untuk Adik mengisahkan tentang bagaimana pengorbanan Awi yang mengambil tanggungjawab untuk membesarkan tiga orang adiknya dan salah seorang dari adiknya, Yana merupakan anak kurang upaya juga penghidap penykit jantung kronik.

Semasa meminta bantuan keluarga untuk membantu Yana, Awi tanpa sengaja telah mencederakan makciknya iaitu Saerha dan menyebabkan dia dihukum penjara selama 2 tahun.

Apabila keluar dari penjara impiannya untuk membeli baju kurung kerawang buat adiknya, Yana kerana telah berjanji. Namun untuk mendapatkan pekerjaan dan kepercayaan dari masyarakat adalah satu cabaran kerana di adalah bekas banduan.

Post a Comment

0 Comments