Telefilem Tollgate Asmara Di TV9

Telefilem Tollgate Asmara Di TV9

Saksikan telefilem Tollgate Asmara yang akan bersiaran semula pada 2 Februari 2024, hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton pada hari yang sama.

Telefilem asalnya ditayangkan di TV3 pada tahun 2014 ini merupakan terbitan syarikat produksi Nuansa Sdn. Bhd., diarahkan oleh Osman Ali dengan nukilan skrip daripada tuan pengarah sendiri.

Tayangan Asal : 2014
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 2 Februari 2024 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Skrip : Osman Ali
Pengarah : Osman Ali
Produksi : Nuansa Sdn. Bhd.

Telefilem Tollgate Asmara Di TV9

Barisan Pelakon

Antara nama-nama pelakon yang terlibat dalam telefilem Tollgate Asmara seperti Izara Aishah, Keith Foo, Azad Jasmin, Rashidah Jaafar, Ainul Aishah, Suhaila Sulaiman, Corrine Adri, Aishah Hoo, Naza Manas dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Izara Aishah sebagai Latifah
  • Keith Foo sebagai Dani

Sinopsis Telefilem Tollgate Asmara

Telefilem Tollgate Asmara bermula dengan kisah pertemuan Dani dan Tipah di Sebuah Hentian Tol dimana Dani melalui sebuah jalan dan kena bayar tol berjumlah RM1.10.

Akan tetapi, pada ketika itu Dani lupa bawak wallet dan tiada duit pun yang tinggal di dalam keretanya. Ketika itu Tipah sedang bertugas dan Dani telah minta dia untuk bayarkan dahulu dan berjanji akan membayarnya semula.

Selepas beberapa hari kemudian, Dani kembali ke Hentian Tol tersebut dan mencari Tipah untuk memulangkan duit yang dipinjamnya sebelum ini, tetapi Tipah tidak mahu untuk bertemu dengan lelaki tersebut.

Hari demi hari, barulah Tipah terbuka hati untuk bertemu Dani dan mereka mula berkawan. Dani mula kenal antara satu sama lain sehinggakan ingin mengajak Tipah untuk berkahwin. Adakah ianya berjaya pada akhirnya?

Telefilem Tollgate Asmara Di TV9

Post a Comment

0 Comments