Telefilem Jeriji Patin Di TV9

Telefilem Jeriji Patin Di TV9

Media Prima kini bawakan kembali telefilem Jeriji Patin yang sebelum ini ditayangkan di TV3 tahun 2022 dan kali ini penonton boleh saksikan semula menerusi saluran TV9 menerusi slot Skrin Di 9.

Sebuah telefilem yang memaparkan kecekalan anak muda yang ingin bangkit dan buktikan kepada masyarakat yang dia seorang yang masih berguna meskipun merupakan bekas banduan yang baru dibebaskan.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Jeriji Patin Di TV9

Sinopsis Telefilem Jeriji Patin

Telefilem Jeriji Patin mengisahkan tentang Rizal, seorang pemuda 30-an yang merupakan seorang bekas banduan yang baru dibebaskan dari penjara.

Kini dia memulakan hidup baru dengan membuka kedai makan patin tempoyak dimasaknya sendiri. Perniagaanya mendapat sambutan baik daripada orang kampung tetapi masih ada yang tidak berpuas hati atas faktor 'bekas banduan'.

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Syazuwan Hassan, Aisar Khaled, Nasir Bilal Khan, Mak Wan, Afifah Nasir, Syean Nahar, Azidi Salleh, Zuliana Elanie dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Syazuwan Hassan sebagai Rizal
  • Aiser Khalid sebagai Sazali
  • Afifah Nasir sebagai Suliza
  • Nasir Bilal Khan sebagai Ayah Rizal
  • Mak Wan sebagai Mak Rizal
  • Syean Nahar sebagai Ayah Sazali

Produksi & Pengarah

Naskah yang pernah ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Nazir Jamaluddin, penulisan skrip daripada Ijam Lobes Wijolo dan Ku Aminah Ku Mat serta diterbitkan oleh produksi Suarakita Production.

Waktu Bersiaran

Saksikan telefilem Jeriji Patin yang akan menemui penonton pada 18 Disember 2023, bersiaran pada hari Isnin, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 dan online Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 18 Disember 2023 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Ijam Lobes Wijolo dan Ku Aminah Ku Mat
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Produksi : Suarakita Production

Telefilem Jeriji Patin Di TV9

Post a Comment

0 Comments