Telefilem Tangkal Di TV2 (Drama On 2 )

Telefilem Tangkal Di TV2 (Drama On 2 )

Malam hari anda, RTM akan sajikan dengan sebuah telefilem seram misteri baru berjudul Tangkal yang akan bersiaran pada 18 Disember 2023.

Sebuah telefilem yang menampilkan pelakon seperti Zahiril Adzim, Yaakob Aziz, Arash Mohammad, Ismail Yaacob dan ramai lagi.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Tangkal Di TV2

Sinopsis Telefilem Tangkal

Telefilem Tangkal mengisahkan tentang seorang dukun iaiu Pak Long Akhbar  yang membantu orang kampung berubat dengan kaedah ilmu batinnya.

Anaknya, Hasbullah yang pulang setelah belajar di Mesir mahu ayahnya berhenti melakukan amalan syirik itu tetapi ditentang ayahnya kerana menganggap ilmunya adalah satu anugerah. Sehinggalah ilmunya memakan dirinya menyebabkan Akhbar dirasuk.

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Zahiril Adzim, Arash Mohammad, Yaakob Aziz, Ismail Yaacob, Sri Irdina, Ayu Ayuni, Halmey Hamdah, Bibi Qairina, Naza Manas dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Zahiril Adzim sebagai Hasbullah
  • Yaakob Aziz sebagai sebagai Pak Long Akhbar
  • Arash Mohd sebagai Karim
  • Ismail Yaacob sebagai Imam Omar
  • Sri Irdina sebagai Anita
  • Ayu Ayuni sebagai Amylia
  • Halmey Hamdah sebagai Bang Dollah
  • Bibi Qairina sebagai Siti
  • Naza Manas sebagai Taufik

Produksi & Pengarah

Naskah ini merupakan arahan Shuhaimi Zulkefli, penulisan skrip daripada Naza Manas dan diterbitkan oleh produksi Antenna Entertainments.

Waktu Bersiaran

Telemovie Tangkal akan menemui penonton pada 18 Disember 2023, bersiaran pada hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Info Penuh Telemovie

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 18 Disember 2023 (Isnin)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Naza Manas
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Produksi : Antenna Entertainments

Post a Comment

0 Comments