Drama Kami Orang KL (TV3)

Drama Kami Orang KL (TV3)

Selepas selesai tayangan Melastik Ke Hatimu 2, nampaknya Andi Bernadee terus beraksi dan kali ini menerusi drama terbaru Kami Orang KL juga menerusi slot Lestary.

Drama bersiri 15 episod ini juga menampilkan barisan pelakon seperti Liza Abdullah, Ropie, Afifah Nasir, Amyza Aznan dan ramai lagi.

{tocify} $title={Table of Contents}

Drama Kami Orang KL (TV3)

Sinopsis Drama Kami Orang KL

Drama Kami Orang KL mengisahkan tentang Mahmood yang nekad untuk pulang semula ke kampung halaman telah dipecat.

Dia berhasrat untuk memulakan perusahaan ikan keli dengan wang simpanan dan tanah yang merupakan harta peninggalan arwah bapanya.

Mahmood telah meminta agar kakaknya, Rafeahh untuk menetap di rumahnya sementara dia menguruskan tugasassnya di kampung.

Permintaan ini telah menggembirakan Rafeah sekeluarga. Peluang untuk menetap di bandaraya Kuala Lumpur amat mengujakan, terutamanya bagi anak-anaknya iaitu Hassan dan Kamsiah.

Namun kegembitaan mereka itu tidak dikongsi dengan penduduk kejiranan di Kuala Lumpur. Malah, kehadiran mereka tidak disenangi.

Keluarga Rafeah telah membangkitkan suasana huru-hara di kawasan kejiranan tersebut kerana ada sahaja kegiatan yang dilakukan oleh para penduduk di situ tidak kena di mata mereka.

Bagaimanakah keriuhan tercetus dan berapa lama lagi Rafeah dan keluarganya akan menjadi 'Orang KL'?

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Kami Orang KL ini seperti Andi Bernadee, Afifah Nasir, Ropie, Liza Abdullah, Amyza Aznan, Masniza Manan, Adi Afendi dan Maria Farida.

Selain itu, terdapat juga nama-nama pelakon seperti Shyrim Husni, Nur Afiqah, Zarrin Nuqman, Zac Zikrie, Elly Suhaili, Myra Zaareil, Suraya Taib, Rezal Rahman, Asiah Bibi, Adi Afendi dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Liza Abdullah sebagai Rafeah
  • Ropie sebagai Hussein
  • Amyza Aznan sebagai Cik Da
  • Afifah Nasir sebagai Kamsiah
  • Razman Syah sebagai Hassan
  • Andi Bernadee sebagai Iqmal
  • Scha Elinnea sebagai Faizah
  • Maria Farida sebagai Kartina
  • Husna Mustafa sebagai Haiza

Pengarah & Produksi

Naskah ini merupakan arahan Nur Ain Sharif, penulisan skrip daripada Eirma Fatima dan diterbitkan oleh syarikat produksi Rumah Karya Cinta Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Drama berepisod Kami Orang KL ini akan menemui penonton mulai 30 November 2023, iaitu setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di saluran TV3 dan secara online di Tonton.

Info Penuh Drama

Episod : 15
Tayangan : Slot Lestary TV3
Tarikh : Mulai 30 November 2023 (Khamis - Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Eirma Fatima
Pengarah : Nur Ain Sharif
Produksi : Rumah Karya Citra Sdn. Bhd.

Drama Kami Orang KL Di TV3

Trailer Drama

Post a Comment

0 Comments