Lebih Padu! Konsert Ini Baru Bintang 4 Menampilkan Kehadiran Siti Nurhaliza Dan Barisan Artis Yang Hebat

Lebih Padu! Konsert Ini Baru Bintang 4 Menampilkan Kehadiran Siti Nurhaliza Dan Barisan Artis Yang Hebat

Setiap malam minggu, kebiasaanya Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan bawakan konsert secara live bagi tontonan di studio mahupun penonton di rumah.

Jadi untuk minggu kali ini, pihak RTM sekali lagi tampil dengan sebuah lagi konsert iaitu Konsert Ini Baru Bintang 4. Konsert ini juga menampilkan konsep hiburan sambil bersolidariti untuk saudara kita di Palestin.

{tocify} $title={Table of Contents}

Konsert Ini Baru Bintang 4 menampilkan barisan artis dan penyanyi yang lahir daripada RTM. Mereka ini kini sudah menempah nama dalam industri hiburan tanah air sehingga berjaya.

Senarai Artis Terlibat

Untuk minggu ini, kita bakal dapat saksikan ramai bintang-bintang terkenal yang mengambil bahagian seperti Dayang Nurfaizah, Sharifah Zarina, Zahid Baharudin, Ayie Floor 88 dan Zizi Kirana

Selain itu, terdapat juga Haqiem Rusli, Santesh, Daniel Sher, Raisuddin Hamzah, Jari, Permata Seni Kior dan paling dinanti-nantikan sudah tentu dengan kemunculan Dato' Sri Siti Nurhaliza.

Sepanjang konsert ini berlangsung, Awal Ashaari telah ditugaskan untuk mengacara program ini supaya teratur dan berjaya hingga ke akhirnya.

Lebih Padu! Konsert Ini Baru Bintang 4 Menampilkan Kehadiran Siti Nurhaliza Dan Barisan Artis Yang Hebat

Konsert Ini Baru Bitang 4 #solidaritipalestin akan bersiaran secara langsung pada 18 November 2023, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi saluran TV2 atau secara online di RTM Klik.

Bagi yang berkesempatan untuk hadir, anda boleh datang ke Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media dan masuk adalah percuma.

Boleh datang seawal 8 malam. Terbuka kepada semua. Tapi kanak-kanak bawah umur 7 tahun tidak dibenarkan masuk.

Jadi untuk peminat-peminat bintang RTM terutamanya, nama-nama yang disenaraikan atau sudah tentu peminat-peminat Tokti, jangan lupa untuk saksikan konsert ini pada malam hujung minggu.

Info Konsert

Program : Konsert Ini Baru Bintang 4 #solidaritipalestin
Bersiaran : TV2
Tarikh : 18 November 2023 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Masuk : Percuma

Post a Comment

0 Comments