Cikgu Terpaling A Di TV3 - Sinopsis Drama

Cikgu Terpaling A Di TV3 - Sinopsis Drama

Drama Cikgu Terpaling A di TV3

Jangan lupa saksikan drama Cikgu Terpaling A mulai 22 April 2023, bersiaran pada hari Sabtu hingga Jumaat, pukul 10.30 pagi menerusi saluran TV3 dan boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Drama yang juga boleh ditonton menerusi platform Disney+ Hotstar ini merupakan terbitan syarikat Orangetree Production Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Kyoll Hamzah.

Episod : 7
Tayangan : TV3 dan Disney+ Hotstar
Tarikh : Mulai 22 April 2023 (Raya Pertama - Raya Ketujuh)
Waktu : 10.30 Pagi
Pengarah : Kyoll Hamzah
Produksi : Orangetree Production Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Cikgu Terpaling A seperti Izzue Islam, Zamarul Hisham, Scha Elinnea, Afifah Nasir, Mark Adam, Cik B, Rosli Rahman Adam, Shamsul Ghau Ghau, Razak Ahmad, Haikal Hakimi, Amyza Aznan, Joey Daud, Azza Elite dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Izzue Islam sebagai Cikgu Wira
  • Zamarul Hisham sebagai Cikgu Johan
  • Scha Elinnea sebagai Cikgu Rose

Sinopsis Drama Cikgu Terpaling A

Drama Cikgu Terpaling A mengisahkan tentang Cikgu Wira iaitu seorang orang guru di sekolah Sri Gemilang di sebuah kampung. Dia adalah guru cemerlang yang sering dinobatkan pelbagai anugerah dan gelaran yang terpuji di sekolah.

Cikgu Wira suka pada Cikgu Rose tetapi akan berasa panik apabila cuba untuk untuk mengajak Cikgu Rose keluar. Kehadiran Cikgu Johan yang membuat Cikgu Wira berasa cemburu dan tergugat.

Walaupun bersaing dalam dalam pelbagai aspek, demi tugas dan tanggungjawab, Cikgu Wira akan berkerjasama menyelesaikan pelbagai isu.

Drama Cikgu Terpaling A di TV3

Drama Cikgu Terpaling A di TV3

Post a Comment

0 Comments