Telefilem Esok Untuk Kita (TV9)

Telefilem Esok Untuk Kita (TV9)

Telefilem Esok Untuk Kita (TV9)

Saksikan telefilem Esok Untuk Kita yang akan bersiaran semula pada 23 Disember 2022, hari Jumaat pada pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my

Tayangan : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 23 Disember 2022 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Idea Asal : Adza Irdawati
Penulis Skrip : Adza Emie
Pengarah : Isma
Produksi : Kembara Sufi Sdn. Bhd.

Tonton telefilem Esok Untuk Kita disini
Link 1 | Link 2Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Beto Kusyairy, Sara Ali, Uqasha Senrose, Sharul Kamal, Putri Qaseh, Rahisal Adanan, Zaibo, Raja Azmi dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Uqasha Senrose sebagai Zulia
  • Beto Kusyairy sebagai Hisyam
  • Sara Ali sebagai Khalisya
  • Sharul Kamal sebagai Yusoff
  • Putri Qaseh sebagai Naomi
  • Rahisal Adanan sebagai Khalid

Sinopsis Telefilem Esok Untuk Kita

Telefilem Esok Untuk Kita mengisahkan tentang Hisyam dan Zulia yang telah 7 tahun berumahtangga dan dikurniakan seorang cahayamata bernama Naomi. Alangkah terkejutnya mereka apabila Zulia didiagnos mengidap kanser stage 2.

Kini Zulia menyatakan "hasrat terakhirnya" supaya Hisyam memperisterikan Khalisya, sahabat baiknya. Demi menunaikan hasrat Zulia mereka berkahwin, dan Khalisya bersetuju untuk melakukan pembedahan bagi membuang kanser di ususnya.

Namun setelah selesai pembedahan itu Zulia tidak sedarkan diri dan berada di dalam koma. Beberapa bulan berlalu, Hisyam dan Khalisya telah berputik rasa cinta, tetapi mereka tidak sekali kali melupakan Zulia yang terlantar koma di hospital.

Dan dengan kuasa dan keajaiban dari Allah akhirnya Zulia tersedar dari koma dan bebas kanser. Hisyam, Khalisya dan Naomi gembira mendengar berita itu tetapi bukan Zulia. Zulia kini berhadapan dengan realiti untuk hidup bermadu bersama rakan baiknya sendiri.

Telefilem Esok Untuk Kita (TV9)

Telefilem Esok Untuk Kita (TV9)

Post a Comment

0 Comments