Drama One Cent Thief (Astro Ria)

Drama One Cent Thief (Astro Ria)

Drama One Cent Thief (Astro Ria)

Menerusi Astro Originals, saksikan drama ONE CENT THIEF yang akan bersiaran mulai 8 Oktober 2022, setiap hari Sabtu pada pukul 11.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my

Penghasilan drama ini diinspirasikan daripada peristiwa atau kejadian sebenar yang pernah berlaku dan menggemparkan Malaysia pada ketika tahun 90-an dimana ianya masih diperkatakan sehingga kini yang berkisahkan tentang sebuah kisah rompakan bernilai 1 sen.

Episod : 8
Tayangan : Saluran Astro Ria 104 (Astro Originals)
Tarikh : Mulai 8 Oktober 2022 (Setiap Sabtu)
Masa : 11.00 Malam
Idea Asal : Alfie Palermo
Penulis Skrip : Alfie Palermo, Natasha Azlan, Ashraf Modee Zain & Zaim Zakki
Pengarah : Ariff Zulkarnain
Produksi : Astro Shaw Sdn. Bhd. & Independent Pictures Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama siri jenayah thriller ini ialah Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Fabian Loo, Sofia Jane, Amerul Affendi, Aghonderan Sahadevan, Carmen Soo, Amir Nafis, Fadhli Masoot, Aleza Shadan, Carmen Soo dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Syafiq Kyle sebagai Iman Shah
  • Faizal Hussein sebagai Abah
  • Azira Shafinaz sebagai Intan
  • Fabian Loo sebagai Ash Lee
  • Sofia Jane sebagai Ibu Zara
  • Amerul Affendi sebagai Kadak
  • Aghonderan Sahadevan sebagai Devan

OST Drama

Judul Lagu : Diskusi
Penyanyi : Lil J & Putera Muhammad
Komposer : Amy Bong & Wan Saleh
Penulis Lirik : Amy Bong, Ateh Zack & Lil J

Sinopsis Drama One Cent Thief

Drama One Cent Thief mengisahkan tentang Iman Shah iaitu seorang pekerja bank yang terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang abahnya kepada ceti haram.

Dengan menggunakan kepintarannya, dia telah menggodam sistem Binta Bank untuk mencuri 1 sen daripada setiap akaun pelanggan bank tersebut. Disebabkan itu, dia berjaya mendapatkan sejumlah wang yang besar.

Akan tetapi, disebabkan perbuatanya tersebut ianya telah membawa mereka ke situasi dan keadaan yang semakin membahayakan. Apakah yang terjadi kepada 'hacker' Iman Shah pada akhirnya?

Drama One Cent Thief (Astro Ria)

Drama One Cent Thief (Astro Ria)

Drama One Cent Thief (Astro Ria)

Post a Comment

0 Comments