Review Filem Mat Kilau

Review Filem Mat Kilau

Review Filem Mat Kilau

Filem MAT KILAU telah mula ditayangkan pada 23 Jun 2022 yang lalu di pawagam seluruh Malaysia dan sejak daripada tarikh tersebut ianya menjadi fenomena apabila peroleh kutipan sehingga RM96 juta sehingga kini. Sehingga bulan Ogos pun ianya masih ditayangkan di pawagam.

 Dapatkan tiket wayang anda sekarang dengan harga murah disini

Tayangan : Pawagam
Tarikh : Mulai 23 Jun 2022
Genre : Aksi, Drama, Biografi
Klasifikasi : P13
Pengarah : Syamsul Yusof
Produksi : Skop Production & Studio Kembara

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem ini ialah Dato' Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As'ari, Ali Karimi, Yayan Ruhian, Geoff Andre Feyaerts, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Farid Amirul, A. Galak, Zarina Zainoordin, Dato' Jalaludin Hassan, Namron, Ellie Suriati dan ramai lagi.

Sinopsis Filem Mat Kilau

Filem Mat Kilau mengisahkan tentang seorang pahlawan melayu, Mat Kilau bersama ayahandanya, Tok Gajah bersama sahabat-sahabatnya bangkit melawan dan menentang penjajahan British.

Pada tahun 1892, pihak kolonial British telah menduduki tanah-tanah di Pahang. Dengan itu, British telah mengaut hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu dan juga mencampuri urusan adat dan agama orang-orang Melayu tersebut.

Review Filem Mat Kilau

Tidak membiarkan kebiadaban British di bumi Pahang terus berleluasam Mat Kilau, Tok Gajah dan sahabat-sahabat yang lain bangit menentang Britsih.

Kebijaksanaa Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya pertempuran yang sengit.

Review Filem

Selepas beberapa minggu ditayangkan, admin akhirnya berjaya juga untuk tonton sendiri filem Mat Kilau di pawagam dan mungkin masa tu sudah capai kutipan RM60 juta kot dan ketika itu juga masih ramai lagi penonton berpusu-pusu nak tengok Mat Kilau. Memang betul fenomena la.

Bagi admin filem ini bukanlah terbaik tetapi admin puas hati. Jika sebelum ini ada yang kata terganggu dengan goyangan kamera dan sebenarnya pendapat peribadi ianya biasa lagi-lagi untuk siapa yang layan filem Syamsul Yusuf memang banyak camera trick ni. Kasih silat masih sedap untuk layan.

Selain itu, dengan aksi silat tersebut menjadi lebih sedap apabila diberikan gabungan dengan muzik latar, memang power beb dan nampak hebatnya silat tersebut.

Filem Mat Kilau mula-mula dah bagi babak emosi apabila Rokiah ditikam oleh askar British selepas cuba untuk melawan. Betullah orang kata, lakonan Ellie Suriati walaupun sekejab sahaja tetapi sangat memberi kesan.

Review Filem Mat Kilau

Walaupun semuanya best, tetapi ada juga beberapa bahagian jadi janggal sikit. Dia bukan tak best, tapi kalau ada improvement dia akan jadi sempurna. Kalau tengok dialog yang dilontarkan oleh pelakon macam berpidato dan berpantut terutamanya dari Mat Kilau sendiri.

Rasanya semua dialog dia kot macam bersajak, takda yang cakap normal. Semua dialog yang dilontarkan mesti serius dan macam bersajak. Hatta dengan anak bini di rumah pun. Kalau kurangkan sikit, rasanya ok dah. Orang kata cringe la juga.

Cerita Mat Kilau, tetapi tiada perkembangan watak dimana dari mula sampai habis sebagai ketua dan telah sempurna. Berbanding dengan Awang dan Wahid. Masing-masing ada penceritaan sendiri seolah-olah cerita ini tentang mereka.

Tapi bagi admin kekurangan ini tidak lah membuatkan cerita ini flop atau tak best, ianya hanya sampingan sahaja. Secara keseluruhan tetap mantap dan terbaik. Harap lepas ni boleh keluar dimana-mana platform penstriman pula. Rasanya memang kana tengok sekali lagi.

Rating Honeybie : ☆☆☆☆

Rating IMDB : 6.8/10

Post a Comment

0 Comments