Review Filem Emergency Declaration

Review Filem Emergency Declaration

Review Filem Emergency Declaration

Jangan lupa saksikan filem daripada Korea Selatan berjudul EMERGENCY DECLARATION yang telah pun ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 4 Ogos 2022. Anda boleh dapatkan tiket wayang anda sekarang.

Tayangan : Pawagam
Tarikh : Mulai 4 Ogos 2022
Genre : Aksi, Drama, Thriller
Klasifikasi : P13
Penulis : Han Jae-Rim
Pengarah : Han Jae-Rim
Produksi : C-JeS Entertainment, Magnum 9 & Showbox Entertainment

Review Filem Emergency Declaration

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem ini ialah Song Kang-Ho, Lee Byung-Hun, Jeon Do-Yeon, Nam-Gil Kim, Si-Wan Yim, So-Jin Kim, Park Hae-Joon, Carson Allen, Michael Davis, Rachel J. Goodgion, Johd D. Michaels dan ramai lagi

Sinopsis Emergency Declaration

Filem Emergency Declaration mengisahkan tentang ketua detektif polis veteren iaitu In-Ho menerima berita seorang lelaki yang mengancam serangan pengganas terhadap sebuah pesawat. Semasa menyiasat, dia mendapati suspek sebenarnya telah menaiki penerbangan no. KI501.

Dalam pada itu, walaupun dia fobia untuk terbang, Jae-hyuk memutuskan untuk pergi ke Hawaii demi kesihatan anak perempuannya. Di lapangan terbang, dia terganggu oleh seorang lelaki aneh yang berkeliaran, bercakap seolah-olah ingin mengancam. 

Penerbangan no. KI501 berlepas dari Lapangan Terbang Incheon ke Hawaii, tetapi tidak lama kemudian seorang lelaki meninggal dunia atas sebab misteri. Ketakutan dan kekacauan merebak dengan cepat, bukan sahaja di dalam pesawat, tetapi juga di darat.

Mendengar berita ini, Menteri Pengangkutan Sook-hee menubuhkan pasukan petugas antikeganasan dan memanggil mesyuarat tergempar untuk mencari jalan untuk mendaratkan pesawat tersebut.

Review Ringkas

Sebuah cerita yang mengolah dan memberikan penonton pelbagai rasa. Ada rasa geram, rasa sedih, rasa berdebar-debar dan banyak lagi. Memang tak senang duduk la dibuatnya masa menonton filem ini.

Kalau tengok macam sorang-sorang meninggal bila pengganas tersebut menggunakan senjaga biokimia. Bagaimana di tawan sebuah kapal terbang tanpa menggunakan senjata pun. Psiko habis. Nasib baiklah ada yang bijak boleh kawal kapal terbang daripada terhempas.

Review Filem Emergency Declaration

Bagi admin, babak paling emosi bila kapal terbang dieorang nak lintas ruang udara negara lain untuk buat pendaratan cemas, tapi negara tersebut tolak dan siap ugut tembak lagi.

Admin puji memang cerita ni nampak real la ditambah pula negara pun sekarang dilanda Covid. Kita boleh tengok ada golongan yang menyokong dan ada yang menentang macam masa diperkenalkan vaksin tu harikan.

Overall memang uas hati dari segi jalan cerita. Jadi siapa yang belum tengok, admin galakkan untuk tengok di pawagam sekarang. Serius tak rugi. Dia macam cerita Train To Busan tapi dalam Kapal Terbang. Mantap!!!

Rating Honeybie : ☆☆☆☆

Rating IMDB : 7.1/10

Post a Comment

0 Comments