Drama Tok Guru (TV2)

Drama Tok Guru (TV2)

Drama Tok Guru TV2

Saksikan drama khas Merdeka, TOK GURU yang akan bersiaran mulai 31 Ogos 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 1.30 tengah hari menerusi saluran TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Episod : 13
Tayangan : RTM TV2
Tarikh : Mulai 31 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat)
Masa : 1.30 Tengah Hari
Penulis Skrip : Zabidi Mohamed
Pengarah : Dato' Jurey Rosli
Produksi : World Evolution Brain

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Nasir Bilal Khan, Wafarina Roslan, Lan Siro, Kamarool Yusoff, Nik Ramly, Z Zamree, Saiful Wazien, Johan Asa'ari, Ismail Yaacob, Shyrim, Hilal Azman, Geoff Andre Feyaerts, Fathul Faiz dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Nasir Bilal Khan sebagai Tok Guru Nik Ahmad
  • Wafarina Roslan sebagai Nik Naimah
  • Lan Siro sebagai Nik Mahadi
  • Kamarool Yusoff sebagai Tok Guru Ismail
  • Z Zamree sebagai Che Mat
  • Saiful Wazien sebagai Hussin

Sinopsis Drama Tok Guru

Drama Tok Guru mengisahkan seorang Tok Guru Nik Ahmad pondok di Kelantan (zaman 40-an) cuba memperkenalkan subjek matematik dan geografi dalam pengajian pondok yang dikendalikannya. Tindakan menongkah arus ini di tentang oleh beberapa tok guru-tok guru pondok lain.

Tok Guru di boikot sehingga ramai pelajar pondoknya dihasut keluar dan berhijrah ke pondok lain. Tok Guru mempunyai seorang anak lelaki Umar yang berkawan baik dengan Anuar seorang budak lelaki sebaya dengannya yang minat bermain bola.

Umar kerap mengajak Anuar bermain bola di perkarangan pondok Tok Guru. Sekali lagi tok guru-tok guru di pondok lain yang tidak bersetuju dengan Tok Guru menuduhnya sudah menyimpang jauh dari tradisi dan amalan sistem pendidikan pondok yang telah lama mereka amalkan.

Satu hari seorang lelaki Mr Richard berbangsa inggeris merupakan seorang Pengetua Victoria Institution (VI) di Kuala Lumpur yang kebetulan tersesat di pondok Tok Guru ternampak Anuar, Umar dan beberapa pelajar pondok sedang bermain bola.

Umar secara tidak sengaja tertendang bola tepat ke muka Mr Richard. Mr Richard terjatuh dan rasa terhina dengan kejadian itu. Mr Richard yang bongkak dan sombong kemudian mencabar anak-anak murid Tok Guru untuk berlawan bolasepak dengan pelajarnya.

Mr Richard sanggup membawa pasukan bola sepak sekolahnya ke Kelantan jika tok guru bersetuju. Pasukan bolasepak Victoria Intitution ketika itu adalah die hard fan kepada pasukan Manchester United di England.

Tok Guru bersetuju dengan cadangan Mr Richard itu dan cuba mendapatkan sokongan tok guru-tok guru pondok lain untuk mengumpulkan pemain terbaik dari kalangan para pelajar pondok mereka untuk mengalahkan pasukan lawan itu.

Tok Guru sebenarnya ingin mengambil kesempatan berlawan dengan pasukan sekolah itu kerana mahu mengajak tok guru-tok guru pondok lain menjatuhkan ego Mr Richard sebagai lambang imperialism yang ketika itu sedang mendesak dan mengugut Raja-Raja Melayu untuk menerima Malayan Union.

Tok Guru mahu masyarakat melayu ketika itu bangkit atas nama agama menentang Malayan Union. Akhirnya usaha beliau berjaya dan meningkatkan pendidikan masyarakat Melayu

Drama Tok Guru TV2

Drama Tok Guru TV2

Post a Comment

0 Comments