Drama Murder By Moonlight Di Astro Citra

Drama Murder By Moonlight Di Astro Citra

Drama Murder By Moonlight Di Astro Citra

Saksikan drama Astro Originals, MURDER BY MOONLIGHT yang akan mula bersiaran pada 1 Ogos 2022, setiap hari Isnin pada pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Citra 108 atau boleh tonton secara online di astrogo.astro.com.my

Episod : 8
Tayangan : Astro Originals di Astro Citra 108
Tarikh : Mulai 1 Ogos 2022 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Idea Asal : Mien.ly & Bani Hamid
Penulis Skrip : Honey Ahmad, Hadi M. Nor, Keeta Brennan & Ashraf Modee Zain
Pengarah : Mien.Ly, Khairil M. Bahar, Gavin Yap, Tony Pietra Arjuna
Produksi : Iron Hill Media Sdn. Bhd. & Passion Pictures

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama siri ini ialah Sara Ali, Wan Hanafi Su, Riz Amin, Hana Nadira, Radhi Khalid, Ruzana Ibrahim, Thanuja Ananthan, Sharifah Amani, Tiara Anchant, Amanda Ang, Brian Chan, Amir Ameezan dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Sara Ali sebagai Ameera
  • Wan Hanafi Su sebagai Tuan Osman
  • Riz Amin sebagai Chef Jit
  • Hana Nadira sebagai Afie Mastura
  • Radhi Khalid sebagai Dato Karnain
  • Ruzana Ibrahim sebagai Datin Saloma
  • Thanuja Ananthan sebagai Dr Sangeetha
  • Sharifah Amani sebagai Bella
  • Tiara Anchant sebagai Julia
  • Amanda Ang sebagai Mindy
  • Brian Chan sebagai Ben
  • Amir Ameezan sebagai Ali

Sinopsis Drama Murder By Moonlight

Drama siri Murder By Moonlight mengisahkan tentang seorang novelis jenayah dan misteri, Tuan Osman ditemui mati di sebuah resort di pulau terpencil. Bukan itu sahaja, selepas itu ada seorang tetamu lain pula dijumpai mati dibunuh dan mereka mengesyaki ini adalah kes pembunuhan.

Oleh itu, seorang pengurus hotel iaitu Ameera menggalas tanggungjawab dan bertindak sebagai detektif wannabe yang mana telah mengesyaki pembunuh itu berada di dalam kalangan mereka iaitu antara dua belas tetamu hotel tersebut.

Disebabkan terperangkap di pulau, jadi semua orang yang berada di situ tidak dibenarkan untuk ke mana-mana, mahupun untuk keluar dari pulau tersebut. Mereka bukan hanya bimbang kehabisan bekalan makanan tetapi mereka mungkin terperangkap bersama dengan pembunuh yang dicari.

Tajuk Setiap Episod

  • Episod 1 - We Plan, God Laughs
  • Episod 2 - A Den of Thieves
  • Episod 3 - Revenge, the Best Medicine
  • Episod 4 - Never Trust A Grinning Tiger
  • Episod 5 - The 5%
  • Episod 6 - Truth is Bitter Pill
  • Episod 7 - A Castle Built on Lies
  • Episod 8 - The Detective Within 5 September

Drama Murder By Moonlight Di Astro Citra

Drama Murder By Moonlight Di Astro Citra

Post a Comment

0 Comments