Drama AI.5YA Di Viu

Drama AI.5YA Di Viu

Drama AI.5YA Di Viu

Jangan lupa saksikan Viu Original, AI.5YA yang akan bersiaran mulai 18 Ogos 2022, setiap hari Khamis secara eksklusif di aplikasi Viu atau menerusi laman web di www.viu.com yang tersedia secara percuma untuk tontonan ramai.

Episod : 10
Tayangan : Viu Original di VIU
Tarikh : Mulai 18 Ogos 2022 (2 Episod Setiap Hari Khamis)
Idea Asal : Dato' Afdlin Shauki
Pengarah : Dato' Afdlin Shauki
Produksi : Petra Vision Works

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama sci-fi ini ialah Zizan Razak, Mia Sara Shauki, Dato Afdlin Shauki, Ozlynn Waty, Elly Ariffin, Emma Sofea, Farah Dhiya, Ako Mustapha, Khir Rahman, Ia Haziq dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Zizan Razak sebagai Jehan
  • Mia Sara Shauki sebagai AI.5YA
  • Dato Afdlin Shauki sebagai Dato Soffaruddin Al Sogod
  • Ozlynn Wati sebagai Jasmine
  • Farahdhiya sebagai Tok Da
  • Elly Ariffin sebagai Maya
  • Emma Sofea sebagai Iman
  • Khir Rahman sebagai Pak Mail
  • Ian Haziq sebagai AI.M4N

Sinopsis Drama AI.5YA

Drama AI.5YA mengisahkan tentang Jehan seorang YouAllsTuber yang terkenal dengan content 'prank'. Disebabkan content 'prank' yang melampau, Jehan telah kehilangan krew-krewnya dan sekali gus tidak boleh meneruskan contentnya tersebut.

Sebagai ganti, Dato’ Soffar telah memberikan dana untuk Jehan dan mengaturkan pemberian robot android serba boleh bagi membantu kerja-kerja penggambaran. Jadi kali ini partner beliau bukan seorang manusia tetapi seorang robot android.

Robot yang sepatutnya tiba kepada Jehan adalah robot AI.M4N yang telah diprogramkan untuk membantu dalam pembikinan menghasilkan content. Tetapi yang sampai kepadanya adalah sebuah robot pembantu iaitu AI.5YA. Mereka tersalah hantar.

Disebabkan itulah, Jehan membuat keputusan untuk mengubah atau programkan semula robot tersebut untuk dijadikan kru dan pelakon serba boleh bagi menghasilkan content yang ingin diterbitkan.

Drama AI.5YA Di Viu

Drama AI.5YA Di Viu

Post a Comment

0 Comments