Telefilem Amshar Bukan Asha Di Astro Ria

Telefilem Amshar Bukan Asha Di Astro Ria

Telefilem Amshar Bukan Asha Di Astro Ria

Saksikan telefilem AMSHAR BUKAN ASHA yang akan bersiaran pada 10 Julai 2022, hari Ahad pada pukul 10.00 pagi menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh tonton secara online di astrogo.astro.com.my

Tayangan : Astro Ria 104
Tarikh : 10 Julai 2022 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi
Idea Asal : Shouq Mohamad
Penulis Skrip : Siti Jasmina
Pengarah Eyra Rahman
Produksi : iFabulous Art Media & Event (iFame)

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Naim Daniel, Farah Ahmad, Syazwan Zulkifly, Emma Sofea, Haidar Hasanudin, Raff Roslee, Sahronizam Noor dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Naim Daniel sebagai Amshar/Asha
  • Syazwan Zulkifly sebagai Mazlan
  • Farah Ahmad sebagai Asmah
  • Emma Sofea sebagai Yam
  • Haidar Hasanudin sebagai Sahar
  • Raff Roslee sebagai Amrul

Sinopsis Telefilem Amshar bukan Asha

Telefilem Amshar Bukan Asha mengisahkan tentang kehidupan seorang remaja lelaki bernama Amshar yang diberi nama timangan Asha yang diberi oleh ibunya. Ini kerana ibunya mahukan anak perempuan tetapi anak yang dilahirkan itu lelaki.

Walaupun begitu, perwatakan lembut Asha itu bukanlah dirinya yang sebenar dimana dia mengalami kecelaruan identiti. Dia diasuh oleh ibunya berperwatakan sebegitu sejak kecil kerana kebencian ibunya terhadap lelaki. Amshar ingin bahagian seperti remaja lain walau dirinya berbeza.

Membesar dengan perwatakan berbeza dan membiarkan diri menjadi tohmahan hanya kerana kasihnya terhadap ibunya. Kasih yang didambakan agar membawa kebahagian sehingga penghujungnya demi melihat ibunya bahagia.

Telefilem Amshar Bukan Asha Di Astro Ria

Telefilem Amshar Bukan Asha Di Astro Ria

Telefilem Amshar Bukan Asha Di Astro Ria

Post a Comment

0 Comments