RTM Hayati Indahnya Pengorbanan, Aidiladha Ini DI TV1

RTM Hayati Indahnya Pengorbanan, Aidiladha Ini DI TV1

RTM Hayati Indahnya Pengorbanan, Aidiladha Ini DI TV1

‘Indahnya Pengorbanan’ diangkat sebagai tema sambutan Aidiladha oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) tahun ini. Ia sebagai menghayati maksud sebenar ibadah korban adalah satu ibadah yang dituntut di dalam Islam bermulanya pada 10 Zulhijah sehingga hari-hari Tasyrik 13 Zulhijjah yang digalakkan untuk berkorban.

Justeru, RTM tampil dengan pilihan program-program khas sepanjang Aidiladha ini menerusi saluran TV1 dalam melahirkan rasa syukur di atas nikmat dan pemberian yang Allah SWT berikan kepada seluruh umat Islam.

Ikuti siaran langsung Salam Baitullah Musim Ke-14 Edisi Aidiladha, dua hari berturut-turut iaitu 9 dan 10 Julai ini, pukul 9.00 malam yang merupakan kemuncak kepada siaran program khas musim haji ini.

Mengharapkan perkongsian program-program khas yang diatur RTM ini bakal memberikan manfaat kepada semua, siaran khas menerusi TV1 seperti lazimnya bermula pada 10 Julai ini dengan ‘Siaran Langsung Solat Sunat Aidiladha’, pukul 8.00 pagi dan pada 11 Julai 2022 siaran ‘Solat Sunat Aidiladha Dari Mekah’, pukul 12.30 tengah malam.

Menemani anda dua telemovie khas bertajuk “Dipangkuanku” pada 9 Julai ini, pukul 2.00 petang, dan esoknya “Korban Pak Tam”, pukul 10.05 pagi.

“Dipangkuanku” lakonan mantap Dato’ Fizz Fairuz, NoorKhiriah, Rahhim Omar, Fadilah Mansor, Ramasundran, dan Adik Ryan Iskandar mengisahkan Aiman yang bercita-cita mahu menjadi ahli bomba dan cita-citanya mendapat sokongan dari datuknya.

Korban Pak Tam

Menerusi “Korban Pak Tam” ikuti kisah Nora berhajat untuk beraya di rumah keluarga teman lelakinya, Ramli. Ramli keberatan untuk membawa Nora kerana tidak mahu Nora mengetahui sikap ibu dan bapanya yang sangat kedekut. Atas desakan Nora, Ramli terpaksa membawa Nora bertemu keluarganya. Pelbagai kejadian lucu terjadi sepanjang Nora berada di kampung Ramli hingga berjaya merubah sikap ibu bapa Ramli agar tidak kedekut lagi. Ia dibintangi oleh Kazar Saisi, Angelina Tan, Hamdan Senario, Mimi Ernida, Ungku Haris, Mimi Maria, dan Hajah Fauziah Nawi.

Dokumentari pendek terbitan Seksyen Ehwal Semasa, RTM bertajuk “Seruan Keinsafan” pada 10 Julai ini, pukul 1.30 tengah hari yang memaparkan imbasan dan pengalaman pahit manis bekas jemaah yang pernah mengerjakan haji dan komitmen kerajaan melalui Tabung Haji menyediakan subsidi Haji yang memungkinkan jemaah mampu menjejakkan kaki ke Tanah Suci bersama Sahibus Samahah Mufti Negeri Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir.

Hari sama pukul 4.05 petang saksikan doku bertajuk “Sinar Dari Nabalu” terbitan RTM Sabah yang membawakan kisah pengorbanan seorang pemuda, Azuan Marjan Norjan yang ingin melakukan perubahan di kampungnya untuk meningkatkan semangat perpaduan melalui program pendidikan, pembersihan, penambahbaikan struktur masjid, bantuan kepada saudara baharu dengan kerjasama badan NGO dan Kelab Belia Daerah Belud.

Diikuti dua episod program “Haji Dulu-Dulu” pada 11 dan 12 Julai ini, pukul 1.30 tengah hari pengisian kerohanian mengimbau kenangan bagaimana masyarakat Islam zaman dahulu khasnya di Malaysia, menunaikan Haji bersama tetamu Dr. Aiza Maslan (Pensyarah/Pengkaji Pusat Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia), Mohd Fitri Ibrahim (Pengurus Besar Yayasan Islam Pulau Pinang), Dato’ Sri Kamarudin Mat Ali (Mantan CEO Tabung Haji) dan Syed Salim Syed Ali AlMufathal (Anak Syeikh Haji Pulau Pinang) berkongsi pengalaman menyempurnakan Ibadat Haji pada zaman dahulu.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Post a Comment

0 Comments