Telefilem Wan Peah Balik Beraya Di TV9

Telefilem Wan Peah Balik Beraya Di TV9

Telefilem Wan Peah Balik Beraya Di TV9

Sempena Aidilfitri, dibawakan semula telefilem WAN PEAH BALIK BERAYA yang akan bersiaran pada hari raya Kelapan, 9 Mei 2022, hari Isnin pada jam 9.30 malam di saluran TV9 dan secara online di www.tonton.com.my

Tayangan : Telefilem Raya di TV9
Tarikh : Raya Kelapan (9 Mei 2022 - Isnin)
Waktu : 9.30 Malam
Pengarah : Azman Hj Yahya
Terbitan : JS Pictures Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Zee Zainal, Acap, Bell Ngasri, Normah Damanhuri, Sherry Al-Hadad, Janna Nick, Sheila Rusly dan ramai lagi

Sinopsis Telefilem Wan Peah Balik Beraya

Telefilem Wan Peah Balik Beraya mengisahkan tentang niat jahat Mas Ayu yang dapat dihidu oleh Wan Peah dan telah memaksanya untuk kembali ke Kampung Kuala Pari Hilir.

Niat baiknya untuk menyelamatkan penduduk kampung dari gangguan Malika disalahertikan oleh Yeh, Li dan Ghani. Orang kampung beserta tiga sekawan itu meminta maaf kepada Wan Peah kerana menyalahanggap tentang kehadirannya itu.

Segalanya kembali jernih apabila Wan Peah mematahkan cucuk sanggul pusakanya membuatkan Malika hilang. Mas Ayu pula mendapat kifarah kerana mempunyai niat jahat terhadap Malika.

Telefilem Wan Peah Balik Beraya Di TV9

Telefilem Wan Peah Balik Beraya Di TV9

Post a Comment

0 Comments