Telefilem Ayer Mata Doha Di TV2

Telefilem Ayer Mata Doha Di TV2

Telefilem Ayer Mata Doha Di TV2

Saksikan drama ulang siar berjudul AYER MATA DOHA yang akan bersiaran pada 16 Mei 2022, pada hari Isnin pada pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di saluran RTM TV2 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Tayangan : Drama On 2 di TV2
Tarikh : 16 Mei 2022 (Isnin)
Waktu : 9.00 Malam
Pengarah : Harris Fadzillah
Produksi : D'Taja Integrated Vision Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Syazwan Zulkifly, Mia Ahmad, Anis Al-Idrus, Dato' Jalalludin Hassan, Aleza Shadan, Marissa Yasmin, Manan Holio dan ramai lagi.

Sinopsis Telefilem Ayer Mata Doha

Telefilem Ayer Mata Doha mengisahkan tentang hidup Alif Zul yang telah membawa diri ke Doa setela mendapat tahu yang dia menghidap tumor.Pemergiannya dirahsiakan dari pengetahuan ibubapa dan juga tunangnya, Fasha.

Semasa tinggal di Doha, sakit Alif Zul kembali menyerang. Dia bertemu dengan En. Hanafi dan anak perempuannya Rhubi Athirah yang telah bermaustautin di Doha lebih dari 15 tahun. Sepeninggalan Alif Zul, Amri, rakan serumahnya sering bertemu dengan Fasha. Hubungan mereka semakin rapat.

Mereka mula menyimpan perasaan dalam diam. Selang beberapa lama, kesihatan Alif Zul semakin membimbangkan dan dia terpaksa dihantar pulang ke Malaysia. Kepulangan Alif Zul membuatkan Fasha dan Amri rasa serba salah.

Adakah Fasha dan Amri berterus terang tentang perasaan hati mereka kepada Alif Zul? Adakah Alif Zul dapat menerima takdir yang telah ditentukan buatnya?

Post a Comment

0 Comments