Drama Villa Kristal Di WeTV

Drama Villa Kristal Di WeTV

Drama Villa Kristal Di WeTV

WeTV bawakan buat pertama kali siri original mereka berjudul Villa Kristal menampilkan pelakon hebat seperti Mimi Lana, Tiz Zaqyah, Mawar Rashid dan Jasmine Suraya yang akan mula bersiaran pada 4 Mac 2022 eksklusif hanya di WeTV Malaysia (wetv.vip)

Episod : 13
Tarikh : 4 Mac 2022 (Khamis & Jumaat)
Tayangan : 8.00 Malam
Pengarah : Kabir Bhatia & Jason Chong
Penulis Skrip : Nor Hazlin Nor Salam
Penerbit : Christina Tan & Angie Choo
Produksi : WeTV dan Revolution Media

Pelakon & Watak

Drama Villa Kristal menampilkan pelakon-pelakon popular Malaysia seperti Mimi Lana, Mawar Rashid, Jasmine Suraya, Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Alvin Wong, Nazrief Nazri, Fadlan Hazim, Sherry Ibrahim, Maria Farida, Lee Yvonnez dan ramai lagi.

  • Mimi Lana sebagai HANI
  • Mawar Rashid sebagai ROSE
  • Jasmine Suraya sebagai ANGLE
  • Tiz Zaqyah sebagai DIANA
  • Tony Eusoff sebagai IDRIS
  • Alvin Wong sebagai ROBIN
  • Nazrief Nazri sebagai USTAZ ADIB
  • Fadlan Hazim sebagai DETEKTIF ISA

Sinopsis Drama Villa Kristal

Drama Villa Kristal mengisahkan kehidupan Hani yang menyamar sebagai menantu seorang ahli politik untuk mencungkil rahsia, drama dan masalah rumah tangga madu-madu dan kekasih-kekasih rahsia VIP terkenal yang mendiami "Villa Kristal".

Ianya sebuah kondominium eksklusif "Villa Kristal" didiami oleh golongan elit bersama-sama madu dan kekasih rahsia mereka.

Demi mencari bahan sensasi untuk novelnya, Hani, seorang novelis wannabe yang naif mendapat tahu bahawa isteri muda seorang Ustaz terkenal, Rose, merupakan seorang penghuni di sana.

Hani yang menyamar sebagai seorang menantu ahli politik dan cuba membongkar segala skandal, drama dan masalah rumahtangga Rose dan rakan-rakannya iaitu Angel dan Diana. 

Melangkah ke dalam dunia “Wanita Nombor Dua”, Hani terjerumus ke dalam sebuah penyiasatan pembunuhan seorang jutawan hartanah, Idris, yang telah merubah kehidupannya bersama wanita-wanita lain di Villa Kristal.

Drama Villa Kristal Di WeTV

Drama Villa Kristal Di WeTV

Drama Villa Kristal Di WeTV

Drama Villa Kristal Di WeTV

Post a Comment

0 Comments