Drama Sayang Tak Dikenang Di TV3 (Akasia)

Drama Sayang Tak Dikenang Di TV3 (Akasia)

Drama Sayang Tak Dikenang Di TV3

Saksikan drama terbaru bagi slot Akasia berjudul Sayang Tak Dikenang bakal menampilkan gandingan pelakon Fadlan Hazim, Ruhainies dan Ezzanie Jasny yang akan bersiaran bermula 4 Mac 2022 setiap hari Isnin hingga Ahad jam 7.00 malam di TV3.

Episod : 28
Tayangan : Slot Akasia di TV3 & Disney+ Hotstar
Tarikh : Mulai 4 Mac 2022 (Isnin-Ahad)
Waktu : 7.00 Malam
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Shida Zali, Amin Shakib & Mia Marziah
Produksi : FJ Pictures Sdn. Bhd.

Drama yang bakal menggantikan 3 Nota Cinta ini merupakan drama adaptasi novel 'Sayang Tak Dikenang' karya Wazrul Shah.

Pelakon & Watak

Antara pelakon yang terlibat dalam drama siri ini ialah Fadlan Hazim, Ruhainies, Ezzanie Jasny, Syafnida Shuhaimi, Andy Teh, Sera Melissa, Riz Amin, Meor Mohd, Mimie Amirah, Jasmine Ashraff, Kak Girl dan ramai lagi

  • Fadlan Hazim sebagai Raqib Tafzani
  • Ruhainies sebagai Ayu Izhani
  • Ezzanie Jasny sebagai Hattin Isabella
  • Syafnida Shuhaimi sebagai Camelia
  • Andy Teh sebagai Erick
  • Sera Melissa sebagai Amalin
  • Riz Amin sebagai Omar
  • Meor Mohd sebagai Aakif
  • Mimie Amirah sebagai Nazneen
  • Jasmine Ashraff sebagai Asmidar
  • Kak Girl sebagai Roslaini

Sinopsis Drama Sayang Tak Dikenang

Pertemuan yang tidak disengajakan sewaktu pesta buku di PWTC telah menemukan Ayu Izzhani dan Raqib. Tidak semena-mena Ayu menjadi tunang sementara Raqib ketika lelaki itu diserang oleh Camelia.

Namun pada saat Ayu berjumpa dengan tunangannya itu, sahabat sejatinya, Hattin juga bertemu dengan pilihan hati, Tafzani setelah hampir beberapa tahun hati Hattin tidak dihuni gara-gara peristiwa hitam yang membuatkan hatinya bernanah.

Musim bunga mula mekar dalam hati Hattin. Namun langit tidak selalunya cerah. Ada sesuatu yang berlaku sehingga membuatkan episod kebahagiaan dua sahabat ini berubah kepada suatu peristiwa yang penuh duka dan tragis.

Pada masa yang sama, Erick yang selama ini menyukai Ayu Izzhani datang menagih janji dan Raqib yang disayangi Ayu Izzhani mula membuat onar. Sementelah pula Tafzani seakan-akan mempunyai agenda yang tersembunyi sehingga menyebabkan renggangnya hubungan persahabatan di antara Ayu Izzhani dan Hattin.

Bertahankah hubungan persahabatan itu? Dan apakah sebenarnya yang disembunyikan oleh Tafzani?

Drama Sayang Tak Dikenang Di TV3

Drama Sayang Tak Dikenang Di TV3

Post a Comment

0 Comments