Telefilem Grumpy Grampas Di TV Okey

Telefilem Grumpy Grampas Di TV Okey

Telefilem Grumpy Grampas Di TV Okey

Untuk tahun 2022 ini, RTM sekali lagi menayangkan telefilem komedi berjudul Grumpy Grampas untuk tontonan seisi keluarga yang bakal disiarkan pada 6 Februari 2022 menerusi saluran TV Okey.

Tayangan : Layar Okey di TV Okey
Tarikh : 6 Februari 2022 (Ahad)
Waktu : 2.30 Petang
Pengarah : Radhi Khalid (fdam)
Cerita Asal : Radhi Khalid
Penulis Skrip : Zulkeflie M. Osman
Penerbit : Radhi Khalid
Produksi : Radhikal Films Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Shaharuddin Tamby, Chew Kin Wah, Gusion Lal, Maimunah Ahmad, Farahdhiya, Wan Umar, Chai Zi, Rayyan, Sashidaran G Gunathevan, Z. Lokman dan ramai lagi

  • Shaharuddin Tamby sebagai Razak
  • Chew Kin Wah sebagai Roger
  • Gusion Lal sebagai Rajoo
  • Maimunah Ahmad sebagai Anggerik
  • Farahdhiya sebagai Cik Sally

Sinopsis Telefilem Grumpy Grampas

Telefilem Grumpy Grampas ini mengisahkan Rajoo, Razak dan Roger merupakan sahabat baik sejak kecil. Mereka bertemu semula apabila tua di Villa Asmara, sebuah rumah jagaan warga tua.

Ketiga-tiga mereka berasa amat gembira kerana bertemu semula setelah sekian lama terpisah. Namun, kehadiran Sally, seorang gadis yang baharu mulakan tugas di Villa Asmara merubah segalanya!

Telefilem Grumpy Grampas Di TV Okey

Post a Comment

0 Comments