Drama Bunga Hati Di Astro Ria

Drama Bunga Hati Di Astro Ria

Drama Bunga Hati Di Astro Ria

Saksikan drama adaptasi novel Bunga Hati karya Liza Ali berjudul Bunga Hati yang bersiaran mulai 10 Januari 2022 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di Astro Ria

Episod : 20
Tayangan : Megadrama di Astro Ria
Pengarah : Jamal Khan & Che Mie
Penulis Skrip : Wan Mahani & Liza Ali
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Antara pelakon yang terlibat ialah Intan Najuwa, Redza Rosli, Erwin Dawson, Nafiez Zaidi, Fazziq Muqris, Fify Azmi, Lydiawati, Zulkifli Ismail, Fauziah Datuk Ahmad Daud (Kak Ogy) dan ramai lagi.

  • Intan Najuwa sebagai Dilaila
  • Redza Rosli sebagai Amer
  • Nafiez Zaidi sebagai Luqman
  • Erwin Dawson sebagai Joshua
  • Fazziq Muqris sebagai Farizan
  • Zulkifli Ismail sebagai Razak
  • Lydiawati sebagai Noraini
  • Fauziah Datuk Ahmad Daud sebagai Salimah
  • Fify Azmi sebagai Jessila

OST Drama

Judul : Berakhirlah Pencarianku
Penyanyi : Hafiz Suip & Ernie Zakri
Komposer : Dato’ A. Aida
Penulis Lirik : Ikhwan Fatanna & Wan Saleh

Sinopsis Bunga Hati

Drama Bunga Hati mengisahkan watak Dilaila yang merupakan seorang gadis yang ceria, gigih dan cekal walaupun zaman kanak-kanaknya tidak seindah orang lain jika dibandingkan dengan kehidupannya.

Di awal kelahiran Dilaila, bapanya, Sulaiman tiada bersama selepas bercerai dengan ibunya Salimah. Ianya berlaku sebelum Dilaila lahir lagi iaitu ketika dia di dalam kandungan.

Kerana dendam terhadap bekas suaminya, Salimah bencikan Luqman yang juga anak kandungnya yang cacat selepas diserahkan oleh Nek Tijah untuk dijaga. Walaupun dengan keadaan ibunya sedemikian, Dilaila tetap mempertahankan Luqman dan menjaganya penuh kasih sayang.

Percintaan Dilaila dengan Amer yang baru berputih, telah mendapat tentangan keras daripada Noraini yang membenci Salimah. Bagaimanapun, Razak ayah kepada Amer sukankan Dilaila dan mahu dia menjadi menantunya.

Walaupunbagaimanapun, kawan baik Dilaila iaitu Jessila dalam dia juga menyukai Amer dan sanggup buat apa sahaj untuk memilikinya. Jadi ibu Jessila dan ibu Amer, Noraini sendiri berkomplot untuk menghalang hubungan Dilaila dengan Amer.

Dengan bantuan Razak, Dilaila berjaya hantar Luqman ke Pusat Jagaan OKU dan disitulah di telah bertemu Joshua iaitu seorang doktor dan telah jatuh cinta kepadanya.

Malang bagi Dilaila apabila adiknya, Luqman akhirnya meninggal dunia kerana sakit tetapi sebenarnya telah dibunuh secara tidak sengaja oleh Gaban.

Konflik semakin memuncak apabila Noraini cuba membunuh Salimah dan anaknya, Dilaila dengan mengupah orang membakar rumah mereka tetapi gagal. Oleh itu, mereka telah keluar dari kampung demi keselamatan.

Oleh itu, Noraini amil peluang ini untuk satukan anaknya, Amer dengan Jessila. Selepas 3 tahun, Salimah dan Dilaila kembali ke kampung semula dan mulakan hidup baru. Binta rumah baru dengan bantuan Razak yang membantunya secara rahsia.

Dilaila bertemu kembali dengan bapa kandungnya, Sulaiman yang kini telah menjadi seorang usahawan jutawwan. Dalam masa yang sama, Amer cuba meraih kembali cinta Dilaila kembali.

Post a Comment

0 Comments