Telefilem Racun Ibu Di TV9

Telefilem Racun Ibu Di TV9

Saksikan telefilem Racun Ibu yang akan menemui penonton pada 26 Februari 2024, hari Isnin, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di aplikasi Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2013 ini merupakan terbitan syarikat produksi A. Aida Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Maziah Abdul Rahman dengan nukilan skrip daripada Wan Mahani.

Tayangan Asal : 2013
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 26 Februari 2024 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hassan
Pengarah : Amir Maziah Abdul Rahman
Produksi : A. Aida Production Sdn. Bhd.

Telefilem Racun Ibu Di TV9

Pelakon & Watak

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Fasha Sandha, Farid Kamil, Fauziah Nawi, Ika Nabila, Noni AF, Zila Bakarin, Raja Mohamad, Zulin Aziz, Qiesya Nick, Farhana Qismina dan ramai lagi.

  • Fasha Sandha sebagai Azah
  • Farid Kamil sebagai Sharin
  • Fauziah Nawi sebagai Rohani
  • Ika Nabila sebagai Mimi
  • Noni AF sebagai Lili
  • Zila Bakarin sebagai Diana

Sinopsis Telefilem Racun Ibu

Telemovie Racub Ibu mengisahkan tentang Rohani sering melepaskan marah kepada anak-anaknya, Sharin, Lili dan Mimi selepas ditinggalkan suami hampir 20 tahun lalu.

Kini, dia sudah tidak berdaya kerana disahkan menghidap kencing manis. Hanya menantunya, Azah yang bertahan dengan sikap Rohani dan sering uruskan Rohani.

Namun hanya maki hamun yang diterima Azah. Akibat tidak tahan dengan sikap ibu mentuanya, Azah meminta suaminya, Sharin menghantar Rohani ke rumah orang tua.

Sharin berang dengan tindakan Azah kerana tidak sangka isterinya akan menuduh ibunya sebegitu rupa kerana Rohani akan berlakon baik dengan Azah jika di depan Sharin.

Jadi, berlaku pertengkaran antara Sharin dan Azah. Suatu hari, Azah ingin menyuapkan makanan kepada Rohani, lalu Rohani mengambil nasi dan ditonyohkan ke muka Azah. Ketika itu Sharin melihat kejadian itu.

Telefilem Racun Ibu Di TV9

Azah bengang dan terus keluar dari bilik. Sharin memujuk ibunya supaya tinggal di rumah kebajikan. Namun Rohani merayu dan mengatakan dia akan berubah. Akhirnya, Sharin akur dengan rayuan ibunya.

Namun, sikap Rohani masih tidak berubah. Azah telah mengadu masalah kepada rakan sekerjanya, Diana. Diana telah mencadangkan supaya Azah berjumpa bomoh untuk menghapuskan Rohani.

Azah terkejut tetapi akhirnya dia bersetuju kerana penat menjadi hamba kepada Rohani. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Post a Comment

0 Comments