Telefilem Ismadi Belum Mati Di Astro Citra

Telefilem Ismadi Belum Mati Di Astro Citra

Telefilem Ismadi Belum Mati Di Astro Citra

Saksikan siaran ulangan telefilem ISMADI BELUM MATI yang akan bersiaran pada 18 Jun 2022, hari Sabtu pada pukul 10.00 pagi di saluran Astro Citra 108, secara On Demand atau boleh strim secara online di astrogo.astro.com.my

Tayangan : Astro Citra 108
Tarikh : 18 Jun 2022
Masa : 10.00 Pagi
Penulis Skrip : Megat Fauzi Isa
Pengarah : Megat Fauzi Isa
Produksi : KusSemangat Aktor

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Yusof Baharin, Shaza Bae, Jalil Hamid, Imuda, Jaafar Onn, D'Boy Hamdan, Fudhail Anwar, Ahmad Sajie, Habibullah M. Zin dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Yusof Baharin sebagai Ismadi
  • Shaza Bae sebagai Masnah
  • Jalil Hamid sebagai Pak Deris
  • Imuda sebagai Pak Kidol
  • Jaafar Onn sebagai Pak Non

Sinopsis Telefilem Ismadi Belum Mati

Telefilem Ismadi Belum Mati mengisahkan Ismadi yang disangka telah mati oleh orang kampung kerana dilanggar kereta api ketika keluar mencari jodoh untuk ayahnya. Ayahnya juga mengesahkan Ismadi telah mati apabila melihat mangsa tersebut memakai kasutnya seperti yang dipinjam oleh Masdi sebelum ini.

Selepas beberapa hari, Ismadi pulang semula ke kampung dan pastinya orang kampung terkejut kerana mereka telah mengkebumikan jenazahnya sebelum ini. Pastinya orang kampung sangkakan itu adalah hantu Ismadi.

Tapi betul ke Masdi belum mati? Atau itu memang hantu Masdi? Anda kena saksikan telefilem ini di Astro Citra.

Telefilem Ismadi Belum Mati Di Astro Citra

Telefilem Ismadi Belum Mati Di Astro Citra

Post a Comment

0 Comments