Telefilem Keluarga JJ (Drama On 2 Di TV2)

Telefilem Keluarga JJ (Drama On 2 Di TV2)

telefilem keluarga jj di tv2

Saksikan telefilem Keluarga JJ yang menampilkan lakonan daripada Kazar Saisi dan Wan Sharmila yang akan menemui penonton pada 21 Mac 2022, hari Isnin, jam 9.00 malam di Drama On 2 di TV2

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 21 Mac 2022 (Isnin)
Waktu : 9.00 Malam
Pengarah : Nuad Othman
Penulis Skrip : MF Kenchana
Produksi : Geltan Consultancy Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Telefilem keluarga JJ menampilkan pelakon seperti Kazar Saisi, Ungku Hariz, Aleza Shadan, Wan Sharmila, Pok Muda Seri dan ramai lagi

  • Kazar sebagai Jidan
  • Ungku Hariz sebagai Jidin
  • Wan Sharmila sebagai Nana
  • Aleza Shadan sebagai Puan Wati

Sinopsis Telefilem Keluarga JJ

Telefilem Keluarga JJ mengisahkan tentang Jidin yang diterima bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Jidan, seorang pemilik sebuah syarikat.

Jidan, seorang duda yang sudah berumur hidup penuh sederhana sedangkan dia sebenarnya kaya telah menimbulkan rasa hairan kepada Jidin. Lebih menghairankan adalah Nana, seorang gadis yang disangka Jidin anak kepada Jidan, sebenarnya merupakan kekasihnya.

Tidak mahu keadaan menjadi rumit, Jidan meminta Jidin merahsiakan hubungan mereka daripada pengetahuan ibu Nana, Puan Wati. Namun, Jidin pula jatuh hati kepada Puan Wati setelah pertama kali melihat wanita tersebut sewaktu menghantar Nana pulang.

Kejelitaan Puan Wati bagaikan seorang anak dara telah membuatkan hati Jidin tidak tenteram.

telefilem keluarga jj di tv2

telefilem keluarga jj di tv2

Post a Comment

0 Comments