Telefilem Lelaki Kelas Sebelah Di TV3

Telefilem Lelaki Kelas Sebelah Di TV3

Jangan lupa saksikan telefilem Lelaki Kelas Sebelah yang akan menemui penonton semula pada 24 Mei 2024, hari Jumaat, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi Pena Creative Pictures, diarahkan oleh Hadith Omar dengan penulisan skrip daripada Rehal Nuharis.

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : TV3
Tarikh : 24 Mei 2024 (Jumaat)
Masa : 10.00 Malam
Idea Asal : Rehal Nuharis
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Pengarah : Hadith Omar
Produksi : Pena Creative Pictures

Telefilem Lelaki Kelas Sebelah Di TV3

Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Ismail Izzani, Nabila Razali, Luqman Hafidz, Aliya Iman Azmil Mustapha, Najua Nasir dan ramai lagi.

  • Ismail Izzani sebagai Anas
  • Nabila Razali sebagai Nona
  • Luqman Hafidz sebagai Bawan
  • Aliya Iman Azmil Mustapha sebagai Mona
  • Najua Nasir sebagai Kinah

Sinopsis Telefilem Lelaki Kelas Sebelah

Telefilem Lelaki Kelas Sebelah bermula dengan kisah selepas kematian ibu dan ayahnya, Nona tinggal bersama mak cik dan abangnya, Bawan.

Nona meminati Anas, seorang penyanyi instafamous yang juga belajar di kolej yang sama dengannya. Namun rakan-rakannya, Kinah dan Mira tidak menyokong Nona kerana bagi mereka, Anas tidak akan memandang pelajar kulinari seperti mereka yang hanya berpenampilan biasa-biasa sahaja.

Namun Nona tetap dengan pendiriannya untuk berkawan dengan Anas dan sering mengintai Anas. Malah Anas juga tinggal di kondominium dengan keluarganya.

Hubungan Nona dan Anas makin rapat, namun ditentang Bawan kerana pada Bawan Anas adalah seorang kaki perempuan kerana dia seorang instafamous.

Post a Comment

0 Comments