Filem The Experts - Info Dan Sinopsis

Filem The Experts - Info Dan Sinopsis

Filem The Experts yang dinanti-nantikan akan mula menemui penonton pada 23 Mei 2024 (Khamis) hingga seterusnya menerusi tayangan di pawagam seluruh Malaysia.

Sebuah filem aksi 'heist' yang diinspirasikan daripada kisah benar dan diolah dengan pelbagai elemen tambahan seperti aksi, komedi, kekeluargaan dan juga unsur lokal tetapi dikekalkan.

Bukan itu sahaja, filem ini menggandingkan lima pelakon ternama dengan memegang watak adik-beradik iaitu antara Dato' Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak dan Ray Dad Dap.

Tayangan : Pawagam
Tarikh : 23 Mei 2024
Penulis Skrip : Joel Soh
Pengarah : Andre Chiew & Nazim Shah
Produksi : Astro Shaw, Zak Capital & TGV Pictures

Filem The Experts

OST Filem

Lagu : Cinta Indah Buat Kanda
Artis : Yuka Kharisma
Lirik : Muzza
Komposer : Muzza

Pelakon & Watak Lakonan

Berikut merupakan pelakon yang terlibat dalam filem The Experts seperti Dato’ Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dap Dap, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Tony Eusoff, Mara Karin, Douglas Lim, Jay Iswazir, Michael dan ramai lagi.

  • Dato’ Aaron Aziz sebagai Farid
  • Syafiq Kyle sebagai Keyrol
  • Mimi Lana sebagai Emma
  • Remy Ishak sebagai Amer
  • Ray Dap Dap sebagai Lan
  • Hasnul Rahmat sebagai Johar
  • Wan Hanafi Su sebagai Jaafar
  • Tony Eusoff sebagai Bashir
  • Mara Karin sebagai Miranda
  • Douglas Lim sebagai Ah Teck
  • Jay Iswazir sebagai Glasses
  • Michael Ang sebagai Chef Juan

Sinopsis Filem The Experts

Filem The Experts mengisahkan tentang sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan.

Farid merupakan ketua ataupun maestro, Keyrol sebagai pakar risikan, Emma selaku pakar manipulasi, Remy sebagai pakar penyamaran dan Lan merupakan pakar godam antara lima beradik ini.

Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi.

Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau.

Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?

Filem The Experts

Post a Comment

0 Comments