Drama Hello Jodoh Di TV3 (Slot Lestary)

Drama Hello Jodoh Di TV3 (Slot Lestary)

Saksikan drama terbaru Helo Jodoh yang akan menemui penonton mulai 17 Mei 2024, bersiaran setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary TV3 atau boleh strim secara online di Tonton.

Drama 13 episod yang menggantikan Puaka Cuti Semester ini merupakan terbitan syarikat produksi Orangestree Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Azmi Hata dengan penulisan skrip daripada Amin Shakib bersaam Anis Sahuri

Episod : 13
Bersiaran : Slot Lestary TV3
Tarikh : Mulai 17 Mei 2024 (Khamis-Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Amin Shakib, Anis Sahuri
Pengarah : Azmi Hata
Produksi : Orangetree Production Sdn. Bhd.

Drama Hello Jodoh Di TV3

OST Drama

Tajuk : Jodoh
Artis : Han Byul
Lirik : Hazama, Omar K, Firdaus Rahmat
Komposer : Hazama, Omar K, Firdaus Rahmat

Pelakon & Watak

Berikut merupakan pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama ini iaitu Riena Diana, Syarul Ezani, Esma Daniel, Enot, Amanda Tan, Anies Hann, Sera Melissa, Fendy Bakry, Silfeny Osman dan ramai lagi.

  • Riena Diana sebagai Rita
  • Syarul Ezani sebagai Iskandar
  • Anies Hann sebagai Ina
  • Esma Daniel sebagai Mr. Roy
  • Amanda Tan sebagai Wendy
  • Enot sebagai Puan Rozy
  • Fendy Bakry sebagai Zack
  • Shaza Bae sebagai Cassandra

Sinopsis Drama Helo Jodoh

Drama Hello Jodoh mengisahkan tentang Rita yang bercita-cita untuk menjadi DJ Radio terpaksa menangguhkan impiannya. Kini, Rita bekerja sebagai khidmat pelanggan untuk sebuah aplikasi ‘Helo Jodoh’.

Iskandar dan Rita telah disatukan dalam program mentor-mentee untuk membantu Rita mendalami pekerjaan barunya. Mereka ditugaskan untuk membantu pengguna aplikasi tersebut yang berhadapan dengan masalah cinta.

Pada mulanya, Rita terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah dan kerenah manusia seperti bosnya, Puan Rozy dan suaminya, Mr. Roy.

Kemunculan selebriti popular bernama Zack pula telah menambahkan lagi rempah ratus dan warna-warna dalam kehidupan Rita.

Apabila Rita baru sahaja hendak membuka langkah mengejar impiannya, muncul pula seorang gadis ‘glamor’ dan cantik bernama Cassandra yang juga mempunyai impian yang sama, sekaligus menjadi saingan kepada Rita yang mengejar impian, cita-cita dan cinta yang sama.

Drama Hello Jodoh Di TV3

Post a Comment

0 Comments