Drama Bunga Salju Di Astro Ria

Drama Bunga Salju Di Astro Ria

Jangan lupa saksikan drama terbaru Bunga Salju yang akan menemui penonton mulai 20 Mei 2024, bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang menerusi slot Tiara di Astro Ria (104) atau boleh striming di Sooka.

Drama 40 episod yang menggantikan Malang Si Puteri ini merupakan terbitan syarikat produksi MIG Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Ejump Muhd dengan hasil penulisan daripada Akmal Firul bersama panel skrip MIG.

Episod : 40
Tayangan : Slot Tiara di Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 20 Mei 2024 (Isnin-Jumaat)
Masa : 6.00 Petang
Skrip : Akmal Firul
Pengarah : Ejump Mohd
Produksi : MIG Production Sdn. Bhd.

Drama Bunga Salju Di Astro Ria

Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Hisyam Hamid, Amyra Rosli, Hariz Hamdan, Syad Mutalib, Zul Huzaimy, Hasnul Rahmat, Ziema Din, Zarina Zainoordin, Syed Irfan, Emelda Rosemila, Esma Daniel, Erynn Abdullah dan ramai lagi.

  • Hisyam Hamid sebagai Azizi
  • Amyra Rosli sebagai Qaisara
  • Hariz Hamdan sebagai Farouk
  • Syad Mutalib sebagai Ekin
  • Zul Huzaimy sebagai Abang Zul
  • Hasnul Rahmat sebagai Tuan Ishak

Sinopsis Drama Bunga Salju

Drama Bunga Salju mengisahkan tentang Azizi iaitu seorang autism yang perfeksionisme telah jatuh cinta dengan Qaisara, pekerja cafe.

Qaisara yang terpaksa mengahwini Azizi, lelaki autistic demi memenuhi kehendak kekasih hatinya, Farouk untuk mendapatkan harta Azizi.

Adakah perkahwinan ni mampu bertahan di atas penipuan ini. Namun segalanya berubah apabila Azizi enggan menceraikannya. Apa akan terjadi?

Drama Bunga Salju Di Astro Ria

Post a Comment

0 Comments