Telefilem Telapak Waktu Di TV9

Telefilem Telapak Waktu Di TV9

Saksikan telefilem Telapak Waktu yang akan menemui penonton pada 1 Mac 2024, bersiaran semula pada hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi Primeworks Studios Sdn. Bhd., diarahkan oleh sutradara Raja Mukhriz dengan hasil idea daripada Sheikh Afzal (DFKL)

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 1 Mac 2024 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Pengarah : Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamarudin
Produksi : Primeworks Studios Sdn. Bhd.

Telefilem Telapak Waktu Di TV9

Pelakon & Watak

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Hazama, Wanna Ali, Rosnah Johari, Aman Graseka, Sharifah Shahora, Kodi Rasheed, Amka Shahal dan ramai lagi.

  • Hazama sebagai Shafiq
  • Wanna Ali sebagai Cempaka
  • Rosnah Johari sebagai Habibah
  • Aman Graseka sebagai Pak Jamil
  • Sharifah Shahora sebagai Mak Oked
  • Kodi Rasheed sebagai Ali

Sinopsis Telefilem Telapak Waktu

Telemovie Telapak Waktu mengisahkan mengenai Syafiq yang terlibat dengan kemalangan, tersedar dan berada di suatu perkampungan dan dirawat dengan baik oleh sebuah keluarga yang mempunyai anak gadis cantik.

Syafiq pulang ke kampungnya sesudah sembuh namun tidak ramai yang mengenali dirinya. Sebelum insiden ini berlaku, Syafiq merupakan anak yang derhaka terhadap ibubapa, cukup gemar bersosial, ke kelab malam dan bercampur dengan geng motor.

Suatu hari Syafiq kemalangan dan terbabas ke gaung dan telah dijaga oleh seorang wanita dengan penuh kasih sayang. Apabila sembuh Syafiq kembali ke pangkuan ibubapanya dan menjadi anak yang baik dan mendengar cakap.

Syafiq ingin berkahwin dengan wanita itu dan mula mencari di kampung wanita tersebut tetapi kampung itu rupa rupanya tidak wujud. Sewaktu mahu beredar dari kampung tersebut, Syafiq nampak sesuatu melintas, dan cuba mengelak namun terbabas.

Post a Comment

0 Comments