Telefilem Karlisa Di TV3

Telefilem Karlisa Di TV3

Telefilem Karlisa Di TV3

Jangan lupa saksikan telefilem Karlisa yang akan menemui penonton pada 16 Februari 2024, bersiaran semula pada hari Jumaat, pukul 1.00 petang menerusi slot Wayang di TV3 atau boleh juga striming secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan terbitan syarikat produksi Jutaan Ringgit Sdn. Bhd., diarhakan oleh Dato' Ahmad Tarmimi Siregar dengan nuklan skrip daripada Zaikan Ab Zarith.

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Wayang di TV3
Tarikh : 16 Februari 2024 (Jumaat)
Masa : 1.00 petang
Penulis Skrip : Zakinah Ab Zarith
Pengarah : Dato' Ahmad Tarmimi Siregar
Produksi : Jutaan Ringgit Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Antara nama-nama pelakon yang terlibat ialah Ruhainies, Fizz Fairuz, Watie Sadali, Nur Qistina, Fizz Fairuz, Rasheed Ahmad, Nafis Zaidi, Putri Hanan, Dania Syazwina, Mak Wan dan ramai lagi.

  • Nur Qistina sebagai Karlisa/Adik
  • Ruhainies sebagai Karmila
  • Watie Sadali sebagai Farah
  • Fizz Fairuz sebagai Tuan Bahrin
  • Rasheed Ahmad sebagai Qayyum
  • Nafis Zaidi sebagai Khalid

Sinopsis Telefilem Karlisa

Telefilem Karlisa mengisahkan tentang Karmila yang merupakan anak sulong kepada Puan Faridah dan Tuan Bahrin. Sebelum ini, hidupnya seperti syurga kerana ibu bapanya memberi sepenuh kasih sayang kepadanya.

Sehinggalah sekarang, ibu bapanya tidak pernah membezakan kasih sayang antara dia dan adiknya Karlisa (8 tahun) yang dipanggil adik.

Sejak Adik lahir, Karmila berubah. Dia banyak mendiamkan diri apabila melihat ibu bapanya memberi tumpuan kepada Adik. Karmila seolah-olah benci Adik. Hanya herdik dan kemarahannya yang dilepaskan kepada Adik setiap kali Adik mendekatinya.

Post a Comment

0 Comments