Telefilem Kalau Aku Kaya Di TV3

Telefilem Kalau Aku Kaya Di TV3

Hujung minggu anda kali ini akan disajikan kembali telefilem Kalau Aku Kaya yang pernah ditayangka pada tahun 2016 dan kini akan menemui penonton semula.

Telefilem yang menampilkan lakonan daripada Syafiq Kyle, Usop Wilcha, Niena Baharun dan Jay Iswazir ini akan bersiaran menerusi slot Cereka Pilihan di saluran TV3.

Tayangsan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Cereka Ahad di TV3
Tarikh : 4 Februari 2024 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skri : MF Kenchana
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Telefilem Kalau Aku Kaya Di TV3

Pelakon & Watak

Antara pelakon yang terlibat ialah Syafiq Kyle, Usop Wilcha, Niena Baharun, Jay Iswazir, Kamal Sumbu, Nina Iskandar, Nurul Nabilah, Nursyakirah dan ramai lagi serta penampilan khas daripada Awie Rafael

  • Syafiq Kyle sebagai Din
  • Usop Wilcha sebagai Leman
  • Niena Baharun sebagai Hanis
  • Jay Iswazir sebagai Cha
  • Kamal Sumbu sebagai Adi
  • Nina Iskandar sebagai Lia

Sinopsis Telefilem Kalau Aku Kaya

Telefilem Kalau Aku Kaya mengisahkan tentang Din iaitu seorang yang pemalas bekerja, tinggal menumpang dirumah pakciknya, Leman Kering. Dia hanya berangan mahu jadi kaya, tetapi malas berusaha.

Leman Kering menangung segala makan dan minum Din yang hanya tahu menghabiskan makanan di rumah. Disebabkan hilang kesabaran, dia telah menghalau Din dari rumahnya. Din menjadi orang gelandangan.

Ketika bersama-sama dengan gelandangan yang lain, dia masih lagi tidak mengubah tabiatnya buruknya yang suka berangan menjadi kaya

 Lagu 'Kalau Aku Kaya' sering dinyanyikan saban malam kerana dia yakin suatu hari nanti dia akan kaya seolah-olah mengharapkan sejumlah wang gugur dari langit.

Hinggalah suatu hari, ketika dia sedang mencari barangan untuk dikitar semula, dia ternampak satu bungkusan hitam yang agak besar. Apabila dia mendekati, dia terkejut kerana dalam bungkusan itu, terdapat sejumlah wang yang banyak.

Post a Comment

0 Comments